بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
dah lama x dgr cerita pasal pelakon ini kan .. kenal tak ?? lain banr wajah dia skrg .. terbaru dia sedang terlantar sakit di HSP kerana komplikasi pelbagai penyakit .. aduhh sedih pula , sedar2 dah sakit aje .. semoga beliau cepat2 sembuh .. katanya tulang pahanya patah ...
PETALING JAYA: Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor
dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini apabila tulang
pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai
penyakit termasuk kanser yang dihadapinya sebelum ini.
Rosnah, 54, berkata, dia dimasukkan ke HKL pada 18 Februari lalu
selepas mengalami kesakitan yang amat sangat sehingga tidak mampu
bergerak.
“Semasa kejadian saya terpaksa menghubungi ambulans untuk mengambil
saya di Taman Melati (Kuala Lumpur) kerana pada ketika itu saya sudah
tidak boleh berjalan.
“Apabila melalui beberapa proses imbasan oleh pihak HKL, saya
dimaklumkan ada kesan patah pada bahagian paha saya yang menyebabkan
sakit luar biasa sehingga ke pinggul,” katanya kepada mStar Online di sini pada Selasa.
Jelas Rosnah lagi, pada Khamis lalu doktor telah melakukan pembedahan
memasukkan besi pada bahagian pahanya dan ketika ini dia tidak boleh
berjalan sementara menanti penyakit itu sembuh.
rosnah ketika muda
Kata Rosnah, dia pada mulanya mahu melakukan imbasan pada tiga bulan
lalu tetapi sengaja menangguhkannya kerana masih lagi boleh berjalan
dengan bantuan tongkat sehinggalah keadaan menjadi semakin serius.
“Buat masa ini saya masih lagi ditahan di wad dan keadaan saya sudah
stabil. Saya menggunakan kerusi roda untuk bergerak dengan bantuan dua
orang anak yang menjaga saya secara bergilir-gilir,” katanya yang juga
terpaksa memakai lampin buat sementara waktu.
sumber :mstar online
Teringat akan lakonan lama2 dulu dia .. sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, pelakon Rosnah ini telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).
Haa kalau esok untuk siapa tuu , memang akak selalu tgk .. suke tgk dia masa nie .. cantik .. yelah masih muda lagi masa tuu ;)
semoga dia cepat2 sembuh ...