بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
alhamdulillah , sgt2 bangga bila ada anak malaysia yang berjaya macam nie .. tapi dalam hati ada juga risaunya .. janganlahh budak nie hanyut nanti .. harap2 kerajaan sedar akan kebolehan budak nie ..kalau dibiarkan risau dia berjaya dan bawa naik nama negara lain dan bukannya malaysia ! .... hurmmmmm terharu sgt2 dgn kebolahan budak nie ....
dah baca lom berita pasal budak nie ?? kalau belum jom baca
Usianya baru menjangkau 17 tahun, namun bakat luar biasa dimiliki
pelajar, Syed Muhammad Syed Abdullah mengagumkan berikutan mampu
menembusi perisian syarikat telekomunikasi terkemuka dunia, Apple
menerusi lima aplikasi dihasilkan untuk iPhone dan satu permainan
ciptaannya diiktiraf terbaik dunia.
Ekoran bakat luar biasa itu, dia yang mesra disapa Habib Al-Attas
menerima ‘panggilan mengejut’ daripada syarikat Apple di Amerika
Syarikat tiga hari lalu untuk dipastikan mengenai aplikasi terbabit
sesudah permainan ciptaannya menarik perhatian pengguna iPhone di 30
negara.
Selain pengguna di Amerika Syarikat, pengguna iPhone negara lain
yang tertarik dengan permainan ciptaannya termasuk dari United Kingdom,
Perancis, China, Russia, Itali, Jepun, India, Jerman, Greece dan
Thailand.
Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.
Ketika ditemui di rumahnya, di Ukay Perdana, di sini, Habib berkata, sejak dimuat naik permainan, Crazy Ball di iPhone pada 14 Januari lalu, aplikasi itu menerima sambutan ‘panas’ sebelum diiktiraf tiga terbaik dalam dunia.
Dia yang digelar ‘Steve Jobs Malaysia’ dalam kalangan rakan-rakannya berkata, permainan itu menerima 900 muat naik pada hari pertama dan memecah monopoli penghasilan aplikasi dunia lain.
sumber : SINI




18 comments
rugikan jika dia jatuh ke tangan pihak luar
Kagum dgn org berbakat besar. Bakat apalah yg saya ada ;)
kreativiti yg membawa kejayaan.... tahniah kepada beliau.....
rasa bangga bila ada anak melayu yang ada kebolehan macam ni.. :)
Omak aiiii...mcm tu punya terer ke.....dasat tul....
Mmg bijak budak nih...leh mnjadi aset negara....
mesti bdk ni suke main game ni..
assalam ieda..bertuah dia dikurniakan bakat luar biasa
memang hebat budak nih...
memang hebat budak nih...
masya Allah...hebat betul adik ni...
masya Allah...hebat betul adik ni...
memg hebat
memg hebat adik nih
salam kak ida..
ermm..anugerah.. semoga beliau mengunakan kearah kebaikan..
great!
wah hebat betol dia ni
hebat dan semoga dia terus berjaya...ameen
Memang hebat...Anugerah Tuhan beri kat dia...