بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
bagus lah kalau hukuman di pinda demi membela nasib gadis2 yang terlibat dengan kes rogol nie .. kalau tidak xtahu nak cakap ape dah .. bila di pinda harap2 , hukuman kepada pesalah lebih berat dan akan menyedarkan masyarakat bahawa kerjaan tidak pandang remeh atas perkara2 macam nie .. jadi kuranglah sikit kerisauan anak2 gadis sekarang ..
dan jangan pula menggangap bila undang2 ini di pinda , kita x perlu berhati2 .. silap tuu .. harap anak2 gadis di luar sana lebih peka , keluar rumah tidak berseorangan lagi dan tidak mudah mempercayai orang luar .. manusia nie x semuanya baik , adakalanya mereka tewas dengan dugaan syaitan ...
KUALA LUMPUR: Keputusan dua kes rogol gadis bawah umur yang
menyaksikan tertuduh tidak dikenakan hukuman penjara, menjadi isu hangat
yang 'dibicarakan' orang ramai sehingga menyebabkan kerajaan membuat
keputusan untuk meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Kes pertama membabitkan bekas pemain boling kebangsaan Noor Afizal
Azizan, 19, yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima
tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol seorang gadis
berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai,
2009.
Dalam kes kedua, Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membebaskan seorang
juruelektrik, Chuah Guan Jiu, 22, dengan perintah berkelakuan baik
selama tiga tahun dan bon jaminan RM25,000 selepas mengaku merogol teman
wanitanya yang berusia 12 tahun di rumah tertuduh di Ayer Hitam pada
bulan Julai 2011.
Ini antara kes mahkamah yang mendapat liputan meluas dan dikritik hebat sepanjang tahun ini.
Pindaan Kanun Keseksaan itu bakal menyaksikan mereka yang didapati
bersalah merogol gadis bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara
mandatori dan tidak boleh merujuk seksyen di bawah akta lain bagi
meringankan hukuman.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul
Aziz menyatakan beliau mencadangkan pindaan itu untuk mengekalkan
hukuman penjara mandatori mengikut Seksyen 376, dan agar hakim tidak
boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah bagi menjatuhkan
hukuman mengikut budi bicara mereka.
Beliau juga berkata pindaan itu dicadang berikutan jumlah kes rogol
yang membabitkan gadis bawah umur adalah tinggi, selain melindungi
mereka daripada terdedah kepada jenayah tersebut.
Rogol statutori ditakrifkan sebagai kes di mana seorang lelaki
melakukan hubungan seks dengan seorang gadis di bawah umur 16 tahun,
dengan atau tanpa izinnya, yang membawa hukuman minimum penjara lima
tahun maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
sekarang nie semakin takut dengan gejala semua nie .. anak2 kita semakin membesar , nak2 yg ada anak dara macam akak , selalu ingatkan anak2 bila balik sekolah make sure ada org lain bersama2 .. jgn bawa basikal sorang2 atau berdua sahaja .. risau .. tapi insyaallahh harap2 semua perkara x baik dpt dielakkan ... harap2 begitulah kan ... aminnnnnnnnnnn