بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
haaa kadang2 pening bila memikirkan apa yg nak dibawa bekal bila kita berkelah kan .. hurmm nak2 skrg tengah cuti sekolah ... pastinya ramai yg dah plan nak bawa anak2 berkelah dan mandi manda .. akak x plan lagi .. cadang2 nyee nak ke raub , air terjun chekas .. hurmmm harap2 plan menjadi .. so bila baca artikel nie .. yeahhh ! idea ... jom kita baca sama2 .. ;)
Dalam proses penyediaan bekalan untuk dibawa berkelah, amalan pemakanan
mengikut Piramid Makanan perlu diteruskan. Makanan yang disediakan
mestilah seimbang mengikut piramid pemakanan Malaysia.
Disebabkan anak anda kena makan banyak karbohidrat untuk tenaganya,
anda disarankan agar menyediakan makanan yang berasaskan nasi, mi, roti
dan pasta. Untuk itu, bolehlah anda sediakan nasi goreng atau mi goreng
sebagai hidangan utama. Bagi membekalkan vitamin, mineral dan serat
kepada anak, anda perlulah pastikan mereka makan buah-buahan dan
sayur-sayuran. Oleh itu, bawa bersama buah-buahan seperti epal, limau,
anggur dan pir. Bersihkan, masukkan ke dalam bekas makanan. Jika ingin
dimakan nanti barulah dibuangkan kulit dan dipotong kecil. Buah-buahan
ini lebih sesuai jika dibandingkan dengan buah tembikai atau betik yang
mudah berair. Selain buah-buahan, anda boleh juga membawa bersama
kekacang, kurma dan kismis. Makanan ini juga berupaya meningkatkan
stamina.
Untuk mendapatkan protein, vitamin B dan mineral, berilah anak makan
ikan, ayam, daging lembu bersama susu dan hasil tenusu. Terpulanglah
kepada anda untuk memberi anak makan makanan ini secara berasingan atau
ingin masukkan sekali ke dalam nasi gorengnya atau mi goreng yang anda
sediakan.
Dalam menyediakan makanan sihat dan terbaik untuk anak, pastikan anda
kurangkan penggunaan garam, gula dan minyak. Kurangkan juga makanan
berlemak.
Cadangan menu:
Nasi goreng
Sediakanlah nasi goreng yang kaya khasiat. Selain karbohidrat, pastikan
juga nasi goreng itu ada protein, serat dan vitamin. Jangan lupa
kurangkan penggunaan minyak dan garam.
Mi goreng
Seperti nasi goreng, menyediakan mi goreng juga perlukan bahan-bahan
yang menyihatkan. Anda boleh juga gunakan minyak zaitun atau minyak
jagung untuk menggoreng mi. Minyak tersebut baik untuk kesihatan
berbanding minyak masak biasa. Jangan lupa masukkan sayur-sayuran hijau
agar mi anda lebih menyelerakan.
Sandwic
Sandwic popular kerana mudah disediakan. Untuk sandwic yang lebih
berkhasiat, gunakan roti gandum. Jika memilih untuk sediakan sandwic
tuna, daging atau ayam, jangan lupa sayur seperti salad, timun dan
tomato.
Burger
Lebih bagus jika dagingnya anda sediakan sendiri. Gunakan daging tanpa lemak. Dagingnya pula elok dibakar berbanding digoreng.
Roti kebab
Untuk menyediakan kebab, dicadangkan agar anda menggunakan roti gandum.
Semasa memasak dagingnya pula, jangan lupa masukkan sayur seperti timun
dan tomato.
Salad
Gunakanlah sayur-sayuran yang segar dan sediakannya setelah anda tiba
di lokasi berkelah dan bukan dari rumah bagi mengelakkan salad .
Buah-buahan
Seperti sayur-sayuran, buah-buahan juga perlu segar. Selain dimakan begitu sahaja, buah-buah pun boleh dibuat salad atau rojak.
Tip:
- Untuk minum, selain air kosong, anda boleh juga membawa bekal jus buah-buahan.
- Bagi anak-anak yang gemar makan roti, jangan lupa bawa bersama jem atau mentega.
- Anda sangat digalakkan membawa makanan segar dan bukan yang sudah ditinkan.
- Jangan lupa bawa bersama peralatan seperti pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dari rumah. Seeloknya gunakan bekas plastik yang boleh diguna semula dan bukan daripada bahan polistirena yang boleh mencemarkan alam sekitar.
Info:
Makanan berkhasiat penting untuk kanak-kanak kerana:
- Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal
- Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhannya
- Membantu mengekalkan ketahanan tubuh terhadap jangkitan penyakit
tips yg sangat2 berguna kan .. harap2 semua nie dpt membantu .. tapi kalau akk , selalu bawa bekal nasi lemak @ sandwish .. jarang sangat bawak bekal nasi dan mee goreng sbb anak2 dah biasa makan .. kalau buat nasi lemak .. perut mereka kemas sikit , lepas mandi , makan dah kenyang ... hurmmm sandwish pula biasanya akak dan hubby yg makan .. dia lebih suke makan sandwish dari nasi2 nie .. katanya takut ngantuk lepas mandi .. hahaha ye ke ??
macam2 lah kan .. apa2 punn harap info nie dpt beri panduan untuk kita ibu bapa sediakan yg terbaik buat anak2 kita .. insyaallahh semuanya bermula dari rumah ;)












































