بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
apa khabar uols semua ?? sure petang2 ahad nie banyak xtvt kan .. banyak ke daging korban dpt ?? , akak x der punnn since hubby akak x sihat , hari nie punn masih ada saki baki demam dan sakit urat , walau x seteruk semalam dan kelmarin .. soo memang x der lahhh tulang pada hari raya korban kali nie .. sepiiii huhuhu , nak buat macam mana kan .. dah x der rejeki ... dan sabrien pula alhamdulillah , dah semakin ok .. walau masih dedar badannya .. dah boleh bermain ngan kakak nyaaa .. syukur sgt2 ... terima kasih atas doa2 kalian .. ;) akak je hari nie rasa lain macam , lemahh aje .. badan rasa x sihat sahaja .. harap2 x lah demam huhuhu .. sbb dah lama x demam akak nie ...
tengahari tadi semua adik2 akak dah beransur pulang kerumah masing2 .. sunyi sepi jadi rumah seketika .. begitulahh .. dpt berkumpul bila ada hari2 macam nie .. kalau idak .. x merasalah kami adik beradik riuh rendah .. maklumlahh adik beradik x ramai huhuh ... sedih pula bila semua dah balik nie .. bilelahhh dpt bersama mereka kembali kan huhuh
petang nie barulahh dpt membuka blog dan membaca kisah2 menarik hari nie dan semalam .. nie akak tertarik ngan kisah terbaru APEX , pemain harimau malaya kita ..
akhirnya berakhir juga kisah APEX dan Leuniey nie .. hurmmm semoga panjanglahh jodoh mereka dan berkekalan sampai bila2 .. kita sama2 doakan yg terbaik buat mereka kan ..
leuniey nie cantik kannn .. ada gaya2 patung animasi aje ekekek , macam cina punn ada .. pandaiiiiii apex cari macam dia ekeke ...
haa jgn lupe beli nona !
Akhirnya, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi (Apek) dikatakan bakal
melangsungkan perkahwinannya dengan Leuniey pada bulan Disember ini
(kemungkinan 28 haribulan). Malah khabar gembira tersebut sudah
diwar-warkan melalui media apabila mereka bergambar mesra umpama
merakamkan gambar perkahwinan layaknya.
Bagaimanapun, difahamkan Mereka tidak bertunang tetapi bakal
melangsungkan pernikahan sahaja. Majlis persandingan akan diadakan
sebanyak dua kali iaitu di Hotel Renaissance Kota Bharu dan di Hotel
Perdana Beach Resort Kota Bharu, Kelantan.
Untuk info, perjalanan cinta Apek sebenarnya penuh ranjau duri apabila
pada 2011 beliau bertunang dengan Aimie Harmelia (Jejari Runcing)
sebelum putus ditengah jalan pada tahun yang sama. Seterusnya percintaan
Apek dengan Dahlia Teck pada 2011 mengejutkan ramai pihak hingga
menimbulkan pelbagai spekulasi... namun ia hanya bertahan selama
beberapa bulan sebelum putus pada 2012.
Belum reda kontroversi, Apek digosipkan pula dengan Leuniey pada tahun
sama hingga Leuniey didakwa putus tunang gara-gara percintaan tersebut.
Meskipun menafikan gosip itu hingga timbul soal saman menyaman, namun
'bangkai gajah memang sukar mahu disorok di bawah karpet' hingga
akhirnya mereka terpaksa mengakui telah 'jatuh cinta'.
SEMOGA BERKEKALAN LAHHH MEREKA KAN !!