بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
ramai antara kita yang tidak punya kekuatan dalaman untuk mampu tabah dan bahagia dalam kehidupan. Adakalanya akk rasakan dugaan2 dlm hidup membuatkan akk lemah dan x bermaya .. sedih dan hampa bilamana org yg kita sayang menghampakan kita .. jauh disudut hati ini akk rasakan akk tidak mamu lagi menerima @ menahannya .. namun hakikatnya adalah ...
kehidupan antara kita pelbagai corak dan ragam ceritanya, semuanya penuh dengan ujian, ranjau dan belukar hidup masing-masing, tiada yang tidak bermasalah dan tidak diuji ALLAH. kerana dengan ujian inilah ALLAH mengenal pasti yang mana hambaNYA yang menerima semua taqdir dan ketentuan yang telah diatur olehNYA dengan sabar dan redho, yang menerimanya bulat-bulat dan menyerah diri seratus peratus kepadaNYA dan yang mana tidak.
dengan ujian inilah ALLAH mengetahui yang mana satu hambaNYA dan yang mana satu yang berlagak tuan .
Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah AlBaqarah : Ayat 214)
setiap detik dalam hidup kita akan dihisab dan ditimbang , apa sahaja yang kita buat, yang kita niatkan dan yang kita bicarakan dalam hati kita, walau sebesar zarah sekalipun, akan dibalas ALLAH.
apabila kita tidak mampu nampak ALLAH dan sentiasa berkeluh kesah, sentiasa memberi alasan dan asbab , mengapa dan kenapa kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip sabar dan redho , maka sebenarnya kita makin jauh dari ALLAH. masalah kita makin besar dan penyakit kita makin kronik.
peranan kekuatan sabar dan redho dalam hidup sangat besar, sebenarnya.
bila mana kita mampu bersabar dan boleh redho seikhlas hati, sepenuhnya, seratus peratus, inilah sebenarnya perawat musibah yang sejati.
apa sahaja yang berlaku kepada kita, kita boleh sabar seratus peratus, apa sahaja yang dilakukan orang atas kita kita mampu redho seratus peratus, maka inilah penawar musibah yang sebenarnya.
nafas yang kita tarik, udara yang kita bawa masuk dalam diri kita nantinya , akan terus menyegarkan dan memberi ketenangan abadi.
kita tidak gundah gulana, kita tidak berkeluh kesah , kerana ALLAH bersama-sama kita. bukankah janji ALLAH, “sesungguhnya AKU bersama- sama dengan orang yang sabar “?
bukankah kita juga mengetahui bahawa setiap apa yang berlaku kepada kita adalah kerana dosa kita sendiri,..
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Surah AsSyuura : Ayat 30)
namun Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian-ujian yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah AlBaqarah : Ayat 286)
kita kena nampak bahawa semua yang berlaku kepada kita adalah dari ALLAH tetapi atas perbuatan kita sendiri,… maka sabar dan redholah sepatutnya yang kita jadikan pakaian dan alat untuk merawat musibah ini… bersabar atas semuanya dan redho atas semuanya,…
nukilan : dari hawa ke hawa
insyaallah ...
bilamana kekuatan untuk sabar dan redho ini tidak mampu kita masukkan , maka ikhtiarlah merawat diri , insyaallah ... semoga ALLAH permudahkan . Ku doakan utk diriku jua , bertahanlah wahai hati .. walau sepedih mana , sebanyak mana air mata mengalir , bertahanlahhh demi anak2 yg amat2 aku kasihi ...

























































