بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
hurmmm adakalanya kita x terfikir kenapa anak2 kita kurang mementingkan pemakanan mereka , leka dan adakalanya bila dibiarkan mereka x akan makan bila disuruh . Mereka selalu mengalami masalah dalam pemakanan mereka .. even ada sesetengah ibu bapa yg buntu bagaimana cara nak membuatkan anak2 mereka berselera dan seronok nak makan .. sure ada bersebab kan ..
ok akk ada membaca artikel dari portel rasmi Kementerian Kesihatan ini , bila cari bab anak2 nie .. banyak yg dia rumuskan .. pemakanan yg sihat , seimbang , hubungan didalam keluarga dan banyak lagi ..
disini akk sertakan sebahagian petikan dari portal tersebut yg akak rasakan seronok utk dikongsikan bersama , pada akk anak2 akk x mempunyai masalah dlm pemakanan mereka .. ekkeke bahkan , akk skrg tgh mencari2 cara utk mengurangkan selera makan mereka .. aci tak ?? ahahha maksud akk , akak control pemakanan mereka , salah satu cara dgn melakukan xtvt senaman yg sihat buat anak2 akk tuu .. ok jom kita baca .. mana tahu ada yg uols tertinggal .. ;)
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.
Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:
1. Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.
2. Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.
3. Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.
portal KKM
adikkkkkk IBU miss u !! huhu
jelas disini amalan memakan SNEK adalah sgt2 tidak sihat dikalangan anak2 kita .. kalau boleh jgn mulakan mereka mengambil snek .. elakkan , sesekali boleh .. sgt2 mempengaruhi pemakanan mereka .. kalau dah mula ambil , hurmm payahlahh mereka nak ubah , seeloknya mulakan dari awal .. anak2 nie semua kena mulakan dari awal , kalau dah dari awal kita biarkan mereka ambil snek , hurmmm adakalanya akk lihat ibu bapa sendiri dengan selamba membelikan snek buat anak2 mereka .. bila ditanya , mereka menjawab
" SAJE BELI BUAT JAJAN MAKAN- MAKAN MENONTON TV " hoh ! .... :(