salam semua
rata2 mengetahui hari ni berlangsungnye perhimpuan BERSIH 3.0 kan .. soo jgn kita kalut akan hal itu , yg pelik nya , bukan rakyat yg takut tapi jelas disini pemimpin2 yg entah ape2 tuu duk panas 'buntut' haaaa kan dah kena .. upsss , duk risau cakap itu dan ini .. mereka x usik org punn .. duk baca surat khabar ada lah ..
.. biarlahhhh mereka nak berhimpun secara aman disana .. bukan nye nak merusuh pun .. rakyat tahu dan kebanyakan dari mereka lebih professional dlm hal2 macam nie .. lagipun mereka2 nia bukanlah jenis yg nak meroyan x tentu pasal merusuhkan .. kadang2 tuu ada aje dalang2 yg jahat membuat propa dan merusuh x pasal2 .. padahal mereka2 nie berniat nak berhimpun secara aman .. dan sudah pun diberikan AMARAN agar berhimpun secara aman .. sooo jgn lah diperbesarkan ..
Kawat berduri dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka. Anggota polis sedang mengawal keadaan. Foto KAMARUL ARIFFIN/The Star
Penyokong Bersih menyediakan belon watak kartun Angry Birds untuk diedarkan kepada orang ramai di Brickfields. Foto M. AZHAR ARIF/The Star
9.41 pagi: Suasana sekitar Jalan Brickfields berhampiran kolam air pancuran masih lengang. Kelihatan beberapa kenderaan polis bersama sekumpulan anggota mula mengawasi kawasan sekitar.
9.30 pagi: Penyokong Bersih semakin ramai berkumpul di Masjid Negara. Petugas media turut membanjiri kawasan itu. Helikopter berlegar-legar memantau keadaan.
9.15 pagi: Kelihatan sekumpulan penyokong Bersih membeli token LRT di stesen KL Sentral untuk ke beberapa stesen seperti Masjid Jamek, Pasar Seni di mana kolasi penyokong Bersih berkumpul.
9.10 pagi: Tiga trak polis tiba di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Lebih 30 anggota polis membuat persiapan mengawal keadaan di sini.
Kira-kira 25 anggota polis yang lain berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Leboh Ampang, mengenakan sekatan bagi laluan menghalang ke Dataran Merdeka.
9.06 pagi: Sekumpulan kecil penyokong tiba di Pasar Seni dengan membawa bersama dram dan tamborin.
9.05 pagi: Penyokong Himpunan Hijau mula berkumpul di laluan masuk ke KLCC, Jalan Ampang.
9.00 pagi: Lebih 200 penyokong Bersih mula membanjiri luar perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek dan kawasan sekitar. Sebahagian mereka mamakai baju kemeja-T berwarna kuning dengan lambang Bersih 3.0.
Ada di antara mereka turut memakai bandana, topi dan tudung serta gelang tangan berwarna kuning. Lebih 10 polis bantuan mengawal keadaan dan keselamatan di Stesen LRT Masjid Jamek.
Bagaimanapun, keadaan di sini masih aman.
Suasana di masjid negara pada pukul 9.00 pagi. FAIHAN GHANI/The Star
petikan dan banyak lagi di SINI
bukan akk menyokong atau membantah ! .. kita hidup bermasyakat perlu lah saling menghormati pendirian dan pendapat masing2 .. kalau mereka nak buat , buat lah .. selagi x mengganggu ketenteraman kita sudahlah .. kita yg x menyertai ini doakan mereka selamat dan doakan keadaan disana baik sahaja ..
bukan dok kata org nie betul dan dok kata orang nie x betul .. bukan ke kita nie sesama islam ! .. soo sama2 lah berdoa , demi keselamatan sesama islam .. x boleh ke ?? jgn lahh mendoakan perkara yg x baik terjadi .. soo sama2 kita lihat ..