salam semua
bagaimana utk memulakan bicara , bila hati didalam penuh dengan pelbagai rasa .. yg pasti hiba dan sedih melanda bertimpa2 ... dalam keheninggan mlm ini , hanya doa ku panjatkan buat ayahanda akak yg sedang terlantar di hospital hari ini .. ayahanda akak di tahan wad siang tadi ..
pada awal pagi niat akak , hanyalah nak membawa anakanda nina ke klinik susulan muntah2 yg berterusan selepas demam .. tapi ummi akak mengajak akak ke hsp kerana khuatir ayah x leh memandu seorang sbb keadaan ayah yg memang x memuaskan hati sejak kebelakangan ini ..
akak akur dan mengikut ummi dan ayah memandu ke hsp seawal jam 8.00 pagi .. akak drop kan umi dan ayah utk ke bhagian diagnosis utk proses XRAY .. akak meneruskan perjalanan , dalam hati sementara ayah menjalani check up , akak bolehlah buat beberapa urusan di bank ..
setelah selesai , akak kembali ke hsp pada jam 11.00 bermulalah episod2 yg menyedihkan bila banyak persoalan terjawab dengan ujian2 yg telah dijalankan oleh DR terhadap ayahanda .. yg paling pedih bila dikhabarkan oleh DR ayahanda akak mengalami bengkak kedua buah pinggangnya akibat dari batu karang , ayah pernah mengalami batu karang ini 15 tahun dahulu , dan ketika itu ia sudah di keluarkan . Ya allah , bagai tidak percaya ayah yg memang kelihatan kurus dan tidak bermaya itu mempunyai masalah sebegini rupa .. memang sejak akhir2 ini , ayah ada mengadu sakit di pinggang , makan tidak berselera .. kami membawa dia utk pemeriksaan dengan DR di klinik sehinggalah di rujuk ke hsp ..
dan akhirnya , ayah ditahan wad pada jam 2.45 ptg ... ayah tidak dibenarkan pulang kerana DR khuatir keadaan buah pinggang ayah akan semakin teruk .. akak dan ummi redha .. memandang wajah ayah yg kelihatan sedih dan sugul hati ini terasa pedih , tidak mahu akak perlihatkan betapa susahnya hati , macam2 bermain di fikiran akak dan ummi di waktu itu .. setiap urusan dari awal sehingga ayah di wadkan , akak dan ummi lalui dengan tenang .. hati berdebar bertambah dengan kesedihan dan kerisauan terhadap keadaan nina dirumah bermain di fikiran ..
dalam menunggu penempatan ayah di wad , akak menelefon suami , mendengarkan kata2 nina , hati bertambah hiba kerana keadaan dia tidak berubah .. rupanya hubby tidak lagi membawa nina ke klinik .. sedih dan marah bercampur baur .. x tahu nak cakap ape lagi .. dalam keadaan akak yg letih dan tidak bermaya kerana kepenatan turun dan naik hsp , hanya allah sahaja yg memahaminya ..
selesai menempatkan ayahanda di wad .. akak dan ummi meninggalkan ayah dlm keadaan sendu , mohon maaf dari akak dan ummi membuatkan hati ayah pilu dan berlinangan air mata .. dapat dirasakan gengaman tangan ummi tidak mahu dilepaskan oleh ayah .. ku kuatkan dengan kata2 " ayah jgn lah risau ... insyaallah ayahh , x akan apa2 .., banyakkan berdoa ye ayah " .. mengalir air mata ayah
akak sebak kerana sedar ayah tidak pernah ditinggalkan kesorangan di hsp .. walau berat kaki melangakah , akak teruskan jua demi mengenangkan anakanda nina di rumah , bagaimanakah pula keadaannye .
akhirnya , pada malam ini akak membawa nina ke klinik .. , dia di periksa , kerana dia ada mengadu sakit disebelah kiri perutnya , sekali lagi hati disentap , hiba bertambah bila DR mengatakan kemungkinan nina mendapat gastrik .. aduhhhh pedihnya tatkala akak memandang wajah anakanda nina ..
ya allahh , bertimpa2 dugaan yg kau berikan buat hamba mu ini , akak memejam mata menguatkan hati .. nina diberikan ubat , kata dr , tgk macam mana keadaan dia sehingga esok .. sekiranya berlarutan nina harus dirujuk ke hsp .. sekali lagi ku renung jauh kedalam mata anakanda kuu .. jelas ada perasaan sedih dan x menentu , dpt dirasai oleh akak sebagai ibunya .. apalah daya ibu ini oh anakku ..
ku panjatkan doa , agar kedua2 insan yg kucintai ini di berikan perlindungan oleh mu ya allah .. hanya dirimu yg mengerti dan memahami keadaan dan perasaan daku sekarang .. sekiranya diberikan peluang , ingin aku bersama kedua2 dalam apa jua keadaan .. sesungguhnya dikau yg maha besar dan maha mengetahui apa jua percaturan di dalam kehidupan ku ini ..
KUATKAN HATI KU INI , TABAHKAN HATI IBU KU ITU