بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
Duhai wanita, menangis lah,
Jika hatimu rindu, menangislah,
Jika hatimu sedih, menangislah,
Jika hatimu terluka, menangislah,
Jika hatimu kecewa, juga menangislah,
Dan jika hatimu bahagia, menangis
jugalah, kerana sesungguhnya erti setiap titis airmatamu, kelak tak akan
pernah sia-sia. Bahkan dengan menangis segala beban yang kau rasakan
akan terlepas, tidak mengendap dan mengeraskan hatimu.
Sudah fitrah-Nya atasmu dengan kepekaan rasa dan kelembutan hati, dan airmata pun akan semakin melembutkan hatimu.
Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu, jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang
telah kau lakukan untuknya. Jaga dan cintailah dia sewaktu dia takut dan
menyendiri , hapuslah air matanya ketika dia merintih dan menangis.
Buatlah dia tersenyum, di saat dia bersedih dan kecewa.
Rasakanlah kesedihannya, ketika dia
berduka dan janganlah kau membuat hatinya hancur dan terluka, kerana
pada suatu saat nanti engkau akan sedar, betapa pentingnya dia saat dia
telah pergi dari hatimu untuk selamanya…..
ps ; baru sempat nak BW ... huhuhu macam biasa .. kesibukan selagi AUDIT x bermula ... harap2 rakan2 semua bersabar ye .. insyaallah akak cuba kunjung balas semua kunjungan anda ... terharu sgt2 kerana anda semua memahami keadaan ini ............. :(




15 comments
perempuan menangis bukan kerana lemah...:) tapi macam apa yg kak ieda cakap tu la.hehe
sesekali nangis ok jgk.
Ahad lepas saya nangis di klinik masa naim meraung2 kena jahit di dagu.....sedih tgk anak tanggung sakit.
menangis utk mencari kekuatan kot. ;)
Wahai lelaki, menangislah jugak.. Hehe
Setuju... :)
minggu lepas tiap malam menangis.. sebabkan mulut org..diputar belitkan..di tokok tambahkan..jadilah cerita yg mmbuat sebuah family bergaduh..sedih..kecewa..marah..
menangis adalah penawarnya.
menangis, sebuah terapi yang baik untuk nisah dan semua wanita di dunia ni. hakikat !! :)
hubby ckp...sy nie ratu ari mata lol huhuhuhu
indah betul madah nie,,,
kdg2 dengan menangis kita rasa lega dapat melepaskan segala rasa sedih
sudah fitrah wanita
Memang menangis satu terapi yg baik untuk ketenangan jiwa kita ni