بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
haa nie akak baru baca tadi .. wah bagus nie .. permulaannya di buka di P.Pinang .. soo semua rakyat pulau pinang akan ada peluang ini .. adik akak pun ada btahu pasal program nie .. hurmmm sama2 kita baca ...
PETALING JAYA: Pendaftaran dalam talian untuk 80,000 rumah
mampu milik yang akan dibina di 50 bandar dan pekan di bawah projek
Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dilancarkan secara rasmi di
Pulau Pinang pada Sabtu.
Pemohon yang layak akan dapat mengambil bahagian dalam pengundian
rumah berkenaan yang akan dibina pada kos kira-kira RM10 bilion dalam
tempoh tiga tahun akan datang. "Rakyat di Pulau Pinang akan menjadi yang pertama untuk mendaftar dan
mendapat manfaat daripada program perumahan mampu milik bandar oelh
Kerajaan," kata Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Berhad Datuk Mutalib Alias
pada satu taklimat media, Rabu.
Beliau berkata kerja-kerja pembinaan projek PR1MA Seremban dijangka
bermula awal tahun depan manakala bidang tanah di kawasan bandar di
Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak
telah dikenal pasti untuk projek itu.
"PR1MA akan membangunkan 50,000 buah rumah manakala tambahan 30,000
unit rumah akan dibina melalui kerjasama dengan pemaju swasta. "Kami akan menyediakan unit yang berpatutan untuk memenuhi keperluan penduduk bandar," katanya.
Mutalib berkata individu dan pasangan suami isteri dengan pendapatan
isi rumah bulanan kolektif antara RM2,500 dan RM7,500 sebulan layak
untuk mendaftar untuk rumah PR1MA. Hartanah bertingkat dan di atas tanah berharga antara RM100,000 dan RM400,000.
Katanya PR1MA menggunakan definisi fleksibel untuk pendapatan isi
rumah yang layak bagi membolehkan ahli keluarga yang layak juga boleh
mendaftar secara individu. Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang berumur 21 ke atas dan yang
tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan bekerja atau tinggal di
kawasan di mana projek itu sedang dibangunkan.
Mutalib berkata pemohon boleh menyenaraikan lima lokasi pilihan,
sambil menambah mereka akan dimaklumkan tentang pengundian projek PR1MA
akan datang melalui e-mel atau SMS.
"Satu sistem pendaftaran terbuka akan digunakan PR1MA di mana sesiapa
yang layak boleh memohon. Pengundian akan diaudit secara bebas dan
dilakukan secara telus. Beliau berkata Akta PR1MA 2012 mula berkuat kuasa pada 1 Januari yang
akan memastikan pelaksanaan projek perumahan PR1MA berada pada landasan
sepatutnya.
Akta ini akan membuka jalan terhadap penubuhan Majlis Penasihat PR1MA
yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri manakala Jawatankuasa
Kelulusan dan Pelaksanaan akan mengurangkan kerenah birokrasi.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2009, lebih
daripada 850,000 orang dengan pendapatan antara RM2,500 dan RM7,500
sebulan tidak membeli rumah sendiri. Kira-kira 60 peratus daripada permintaan untuk rumah mampu milik
adalah dari Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang, Sabah
dan Sarawak.
petikan : mstaronline
bagus kan .. hurmm boleh lah kita cuba mohon .. mana tahu ada rejeki masing2 kan ..
webnya dah ada .. cubalah tgk cara2 permohonannya ... katanya akan ada application online bermula sabtu ini disini LINK




erm, x pernah lagi mohon pape yang kerajaan punyer projek ni, coz tengok syarat jerk asik terkeluar senarai jerk... huhu
ReplyDeleteuntung mereka yang layak...
wah jom tengok....
ReplyDeleteMohon BRIM jer thru online ari tu...rumah x yah la kot..dah ada dah...
ReplyDeleteowh dh ada dkt penang, sy nak apply jugak!!!! tq kak utk info nie, sgt membantu
ReplyDeletenisah kat langkawi je..
ReplyDeletetak dpt la kot PR1MA ni, lagipun, dh ade rumah hehehe :)
bukan rezeki..
>> akak, minta maaf ye, smp hari ini Kristina dr nRelate tu x bg respon ape2 kat nisah. nnti bile nisah dpt respon dr dia nisah akn betulkan ye :) KIV hehe
akak, kalau tak kawen lg bleh apply ke?
ReplyDeleteNak cuba apply la, mana tau ada rezeki kan :D
ReplyDeletenk pancing undi lah tue...buat kat penang...hahaha...
ReplyDeletepape pun ape kerajaan bg kena grab...
Ni untuk org gomen jer ker kak? Utk bukan gomen bley mohon tak.
ReplyDeleteramai la yang layak mohon sebab pendapatan isi rumah antara 2500 sampai 7500..orang biasa2 mcm kita ni antara tu la gaji nya..
ReplyDeletekot kalau bos besar2 tu mau sepuluh ribu lebih..kan??jadi jangan la belum mohon dah kata tak layak..kan??ke saja nak bagi tau gaji depA lebih 10k??heheh
wow!! gud info ni kak...
ReplyDeletetengs sharing...
alhamdulillah...sape2 yg layak, sila la mohon ;)
ReplyDeletesara pon tgh fikir2 nak beli rumah ni :)
ReplyDeleteharga umah sekarang ni mahal le...bagus gak wat camni...
ReplyDeletemcm x mampu je nak beli rmh skang ni.. :(
ReplyDeletebyk
ReplyDeletekemudahan disediakan untuk rakyat, moga ia dimanfaatkan sebaiknya
tq share info ye
ReplyDeleteorang nak bagi amik je..mmg kita berhak pun kan...
ReplyDeletejs x layak la ieda...^^
ReplyDeletenice info ni kak...tengs sharing
ReplyDeletejauh sangat..
ReplyDeletebolehlah try mohon...
ReplyDelete