بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
wahh x sangka pula perlawanan semalam terikat 1-1 ye ... hurmmmm apa2 punnn semoga perlawanan penentu di Bangkok nanti , malaysia berjayalah kan .... macam x sangka pula ... akak x tgk .. ekeke tgk masa awal2 sahaja ... sebuk anak2 nak tgk Walimatul urus Farid & Diana di astro ceria ... sooo beralah lah dengan mereka .. ekkeke
JARINGAN PERTAMA...Norshahrul Idlan Talaha
menanduk masuk jaringan pertama pasukan Harimau Malaya ketika menentang
Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama diantara Malaysia
menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012.
KUALA LUMPUR: Keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir
pertama Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit
Jalil pada Ahad bakal menyaksikan saingan kedua di Bangkok nanti sebagai
perlawanan 'hidup mati' skuad negara.
Aksi bertenaga anak buah Datuk K Rajagobal pada separuh masa pertama
gagal mencuri sebarang gol walaupun mereka dilihat lebih menguasai
permainan.
Harimau Malaya memulakan aksi garang di depan hampir 70,000 penonton
yang hadir dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha sebagai penyerang
tunggal perlawanan.
Manakala pasukan Thailand yang dibimbing jurulatih dari Jerman,
Winfried Schafer mempamerkan aksi berhati-hati memandangkan keadaan
padang yang sedikit licin.
Turun selaku juara Kumpulan A, pasukan Gajah Putih itu telah
melakukan serangan di luar kotak penalti dengan percubaan berbahaya
daripada Asul Lonso pada minit ke-11, namun berjaya diselamatkan
penjaga gol negara, Farizal Marlias.
Bersambung pada separuh masa kedua, skuad Harimau Malaysia bangkit
dengan corak permainan yang lebih agresif mencari gol dan hantaran
Mahali Jasuli ke depan pintu gol berjaya ditanduk sempurna Norshahrul
pada minit ke-48 sekali gus mendahului satu jaringan.
SERI... Pemain Thailand gembira setelah berjaya
menjaringankan gol penyamaan pada perlawanan separuh akhir pertama di
antara Malaysia menentang Thailand pada Kejohanan Piala Suzuki AFF 2012
di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Ahad. -fotoBERNAMA
di harap pasukan kita dapat perfome dengan baiknya .. seterusnya berjaya mengharumkan nama MALAYSIA .. insyaallahh sama2 kita doakan .. ;)






ameen.....
ReplyDeletesokong harimau malaya
ReplyDeletemoga diorg akan buat yg terbaik nnt :)
smuge Harimau Malaya berjaya harumkn nama negara nnti...
ReplyDeletebimbang..
ReplyDeletehuuu harimau selalu buat kita tak senang duduk :D
memang best perlawanan semalam...;d
ReplyDeleteMudah2an
ReplyDeletekalau tengok cara depa main semalam rasanya malaysia boleh kalahkan thai land nanti..
ReplyDeletehop nnt dpt jaringan lebih kat bangkok :)
ReplyDeleteseri ke..aduh hope m'sia boleh score kt thai nnti
ReplyDeleteRajagopal ape ko buat ???
ReplyDeletesalam kak..ingat sy lagi tak>>> hehe lame tak terjah cni...:p
ReplyDeletemalam tadi pun beriya sy tgk bola ni..byk peluang malaysia nk dpt gol kan tp xde rezki..nk wat camne..hrp2 separuh akhir kedua nanti, kemenangan milik harimau malaya la... ameen
Harap rimau terus mengaum ke final..
ReplyDeleteseri pulak..hope malaysia buat yg terbaik timbal balik ni tuk mara ke final
ReplyDelete