بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
dulu masa akak awal2 mengandung , banyak bertanyakan sedara mara dan nurse macam mana cara nak banyakkan susu ibu nie .. yelah mulanya pengalaman pertama .. lepas tuu untuk anak kedua dan ketiga dah pandai .. pandai tokoh tambah sendiri .. tapi masih berada di landasan lahh ekekke .. yelah .. risauuuu , kalau salah makan / minum haaaaaa bahaya juga utk bb .. takut bb kembung kan .. menangis x tentu pasal kita pula susah hati ... soo memang akak banyak membaca dari internet dan suka bertanya org ..
selalunya sumber terdekat akk adalah mak2 saudara yg dtg menziarah .. biasanya mereka bagi petua org2 kampung lahh .. yang pastinya akak suke .. sbb selalunya petua2 dari kg nie , mereka dah kaji mana yg boleh dan x boleh dimakan utk elakkan faktor bb kita kembung dan bermasalah nie .. haaa kira senang lah kan ..
- Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal
di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda
cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
- Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi,
vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks, dan fosforus. Kandungan protein
dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
Kandungan asid aminonya pun tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu
badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama
susu kambing
- Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
- Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada
api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap
hari sehingga susu badan menjadi banyak.
- Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih-bersih. Selepas itu keringkan dan
simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan 1 sudu halba
atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian
tapis dan minum airnya.
- Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya mengambil hidangan susu sebanyak 3 hingga 4 hidangan sehari..
- Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian
potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan
segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.
- Nasi panas, halia muda dan air asam
Makanlah nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
- Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus
sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
petikan : pa & ma
cuma
akak pernah sekali termakan apa erkk .. dah lupe .. sekali mlm tuu
sabriena x leh nak tidooo ... mengamuk menangis x tentu pasal .. kata
mak .. sah anak kembung .... salah makan .. mana tidak nyee syok sgt
makan .. x sedar ekeke .. dan manalah tahu kann , benda nak jadi ... sib
baik duk berpantang dgn mak dan nenek .. mereka banyak membantu dan
sampai skrg , alhamdulillah akak dah leh cadang2kan dgn kawan2 mana yg
bertanya tuu .. boleh lahhhhhhhh ;)




26 comments
Mekasih kak. Byk cara nak banyak kan susukan . CUma serasi tau tak jer. So far alhamdulillah...susu saya masih banyak, syukur ☺☺
Saya mmg cuba mengatasi masalah susu xbyk...mgu lepas penah beli nursing tea..kononnya bt tambah susu.. Tapi xbtmbah pun, mungkin xsesuai dgn saya..minum banyak kali badan pun jadi bau halba...teh tu ada halba kot...
P/s : sebab berkenan dgn kasui akak tadi, saya buat kasui ni..kali ptama buat, entah sedap tak..
Bagus tips ni..klu pengalaman ank pertama mmg kena amek tau..
tp org sekarang banyak amik suppliment nak tmbh susu kan kak?
sy minum air n susu je.
x nak bg anak kembung, jgn minum ais..tu je pantang saya
yg sy pernah dgr longan kering dan halba, tq kak utk tips nie..sy simpan sbg panduan
saya amalkan sup lobak putih utk banyakkan susu.. alhamdulillah sekarang susu masih ada cuma tak sebanyak dulu, mungkin sebab campur dgn susu formula
info yg bagus kak..susu badan pun tengah merundum nie..blh la cuba petua2 nie
saya tak de masalah anak kembung setakat ni..tapi masalah susu kurang tu saya alami minggu lepas sampai saya stress..cemana pun saya dah nekad nak susukan mikhail sampai umur 2 tahun.mujur la blogger sarah najwan tu bantu saya bagi tips2 supaya susu meriah semula.sebab susu tak de tu la jugak saya sekarang kurang berblog.mengepam je sekarang ni..hehehe
bagus tuk mereka yg menyusu badan sepenuhnya... harapnya dapat membantu kan kak
Bagus info nih kak. Sy pun tgh berusaha nak bg anak susu smpi 2 thn. so far masih mencukupi, amik jugak supplement, kekonon nk tmbhkan susu mcm org lain yg sgt meriah susunya. tp, tak menjadik kat saya pun. yg menjadik kat saya, supplement tuh berjaya membuatkan sy lebih bertenaga pada waktu siang walaupun berjaga malam setiap hari. Wallahualam, rezeki masing2 kot kan ^_^
Akak jenis x byk susu. Menyusu anak yg ke 3 pun sampai bb umo 2 bulan je. Tu pun campo campo. Bb yg lg 2 tu x bagi sgt. Byk susu botol je.
mcm2 juga dah cuba. tp rezeki masing2. setakat ni ckup untuk si kecik tu dh brjaya susukn anak sulung smp 2 thn lebih
bagus sangat tips nie kak , saya mmg nak cari untuk mase hadapan nanti , boleh refer blog aka , hehhehe
Wahhh...dah leh jadi tempat pakar rujukkan utk para ibu ni.....bagus sekali...ahakz
tips berguna nih...dulu wife PM dapat bf Mifz sekejap jer...
Alhamdulillah dr anak sulung hg nyusukan Alya, mmg xder masalah menyusukan anak, reeki Allah...
rezeki Allah..
mmg diamalkan masa menyysukan anak2 dulu, dapatlah susu kan mereka hgga 2 tahun, tapi ada jugak topup fm, mmg tak ternilai kebaikan susu ibu ni kan kak
Ta kak..Shrng is cring
Kata orang makan kobis pun boleh juga. Saya dah lama tak mengandung dan beranak, lupa dah.
Info akak sgt mmbantu mereka2z yg tgh cari info ni.. :-)
sy skrg ni minum air jintan hitam ;-)
tengs sharing kak..nanti ada rezeki anak kedua boleh cuba tips ni