بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
sudah kerja dahhh negara Thailand nie dah macam2 skrg nie .. aduhhh meloyakan betul ! ... tapi kan .. kopi yang dihasilkan bernilai lebih kurang RM152.77 duit malaysia ! ... wah hebat ! ... tu secawan okeh .. bayangkan betapa xclusivenya kopi jenis nie ... adehhh kalau uolss sanggup ke minum ??? kalau akk dah tahu hasilnya dari najis GAJAH .... mak aihhhhhhhhhhhhhh harus muntah ! huwaaaaaaa
Kopi Najis Gajah Di Utara Thailand - BANGKOK :
Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di
sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara
Thailand. Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.
Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.
Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.
Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para
pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti
Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
“Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan
protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi
pahit,” kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649)
untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.
Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas
yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia
bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada
untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.
Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi.
petikan : maklumat.my
adohaiii .. rasanya pengemar kopi tegar x kesah koot kopi nie hasilnya dari mana ... huhuhuh macam hubby akak suke sgt kopi cap GAJAH .. adehhh sib baik lahhh bukan kopi jenis Black Ivory nie .. haaaaa kalau makan di hotel atau mana2 tempat xclusive ,kalau minta kopi agak2 leh tak tanye , kopi jenis apa yang mereka guna ??? huhuhu




8 comments
adoiii..betul2 pelik..
biar idok minumpun..
minum kopi cap tngan jer...nnti gi hotel x payah minum kopi..teh aje
saya pernah terbaca artikel ni sebelum ni kak...
pelik kan manusia skrg...najis pun nak dijadikan minuman yg berclass lagik!
Eiiiyerk.. Dulu isu minum kopi musang lupa nama musang tu, sekarang najis gajah pula.. Erkk
BY: djdanchef
== ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==
eiiii!...tak minat minum kopi...rasa loya pulak...
adeh....geli la plak...cm tkut nk minum kopi pasni tkut kopi njis gjh..hihi
adeh gelinyerrrrr