بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
hurmmm akak dulu pernah alami masalah apa yg terbaik nak hidangakan buat anak2 akk setiap pagi , tghari @ malam , selalunya akak bertanyakan pada ummi dan banyak search dlm google ... info2 kesihatan dan pemakanan terbaik buat anak2 di peringkat awal , yang pastinya akak memang x amalkan mereka makan yg remeh2 nie .. selalu memang bagi yg banyak zat dan protein tanpa lupekan karbohidrat ..
yelah bila mereka masih kecil ,selalunya kita akan lebih titik beratkan kandungan dlm makanan yg kita hidangkan kan .. akak dulu begitu juga , kalau bubur tuu , awal2 lagi mak dah pesan , masuk itu dan ini .. bagi balance ... haaaaaa barulah anak2 dpt menikmatinya sampai habis ... suke lah tgk masa tuuu , bila mereka makan sampai senggeh2 ekeke . Skrg nie lagi mudah .. semua petik sahaja jari ... semua dah ada depan mata .. leh pilih apa yg kita nak utk hidangan anak2 kita .. cuma perlu tahu kelebihan dan kebaikan setiap apa yg kita pilih itu .. mudah kan ;)
kat sini nak share sikit infoo nie .. akak dpt dari artikel pama baru2 nie ..
jom kita baca !
Ketika hidangkan makanan tengah hari untuk anak, ada enam perkara perlu diberi perhatian.
Perkara 1
Pastikan menu anda ada buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Selain
daripada kaya dengan serat dan vitamin, kedua-duanya menjadikan pinggan
anak anda berwarna-warni. Anak tentu suka.
Perkara 2
Kanak-kanak perlukan lemak untuk memastikan mereka kekal sihat. Lemak
juga membuatkan anak kenyang. Akan tetapi, jangan terlebih beri lemak
pada anak. Lemak boleh didapati daripada keju, daging, minyak dan
kekacang.
Perkara 3
Jangan lupa tentang kepentingan bijirin. Antara yang termasuk dalam
kategori bijirin ialah roti, nasi dan pasta. Semuanya mengandungi
nutrien yang baik untuk tumbesaran anak. Jadi, jangan lupa hidangkannya
pada anak.
Perkara 4
Seimbangkan pengambilan makanan anak. Apabila bercerita tentang
pemakanan yang seimbang, maknanya makanan yang diambil mestilah meliputi
semua kumpulan makanan. Misalnya, mesti ada bijirin, buah-buahan,
sayur-sayuran, makanan sumber protein dan produk tenusu.
Perkara 5
Sebenarnya, hidangan tengah hari yang lengkap bukan hanya membabitkan
makanan tetapi juga minuman. Ramai kanak-kanak gemar mengambil susu
bersama hidangan tengah hari mereka. Tetapi sekiranya anak anda tidak
begitu, jangan risau kerana susu boleh ditukar dengan air kosong. Akan
tetapi elakkan daripada memberi anak minum minuman berkarbonat semasa
makan tengah hari.
Perkara 6
Pastikan hidangan tengah hari anak tidak sama setiap hari. Hal ini
penting bagi mengelakkan mereka rasa bosan. Selain itu, kepelbagaian
hidangan makanan tengah hari dapat membekalkan nutrien yang berbeza
kepada anak.
dalam banyak2 tuu , cuma satu sahaja yang akak x amalkan kepada anak2 .. perkara ke 5 , biasanya anak2 akak , memang akak bagi @ suruh mereka minum air masak .. minuman manis memang jarang sangat2 , kecuali makan di luar ..
soo memang x hairan lah anak2 akk nie x pandai nak minum susu2 formula macam dutch lady ke ... yg dalam kotak2 tuu ke... mereka x pandai minum ekeke .. melainkan vitagen ! haa tu memang mereka suke ! ... ;) tu punn mereka kenal bila mereka dah besar2 nie .. sbb akak yg selalu belikan utk mereka .. kalau tunggu mereka minta , x akan lah kan .. ;)




yeay..tq kak, simpan utk future
ReplyDeleteTq sharing... tp tulah ank2 x suka sayur dan buah...xtau nk buat mcmana dah... uhuhu
ReplyDeletevery gd sharing tq
ReplyDeletetq sharing kak...boleh cuba nanti
ReplyDeleteanak sy pandai ambil sendiri vitagen tu kalau gi shopping.. sbb mak diepun hantu vitagen..mesti beli..skrg je kena berebut dgn anak..haha
ReplyDeletemmg mencabar nak bg anak makan sbb dia dah pandai minta sbb dok tgk iklan kat tv
ReplyDeleteanak lynn yang pertama x suka makan sayur...huhuhu...risau dibuatnya...
ReplyDeleteowh trm kasih ats info ni... boleh buat pnduan utk anak2 saly ni..:)
ReplyDeleteMmg kena variasi kan makanan, especially kanak kanak yang picky eaters ni...:)
ReplyDeletebab makan sayur tu memang kena
ReplyDeletelatih dari kecik :)
Assalamualaikum Ieda
ReplyDeleteterima kasih
tq info yg baguss
ReplyDeleteselalu jg bgtau anak2 tp kan bila ank dah sekolah susah sikit dan memilih sgt makanan
tq info yg baguss
ReplyDeleteselalu jg bgtau anak2 tp kan bila ank dah sekolah susah sikit dan memilih sgt makanan
berguna nih jika intan ada anak nnt
ReplyDeletePantau pemakanan anak kecik masih di rumah senang ieda sebab kita sediakan. tapi bila dah besar dan sekolah kita tak nampak sedikit-sebanyak mudah terpengaruh dgn kawan. Sekolah tak jual tapi keluar sekolah luar pagar dah banyak motor/van menjual - susah kan..
ReplyDeleteMmg niat nk pantau pemakanan anak sepenuhnya, tp kalau keluar payahla, naim meraung2 nak makanan yg tak berkhasiat, ada masanya mmg terpaksa biar je..
ReplyDeleteTq for sharing akak..
ReplyDeletetips yg berguna buat anak2?
ReplyDelete4 anak, sorang jer makan sayur.. huhuhu
ReplyDeleteanak buah saya selalu taknak makan. minum susu jek.
ReplyDeletebagus kak info ni..
ReplyDeletesusu mmg faveret budak2 ni. makan tengahari ke siang malam sama je. kalau ada susu mmg ak blh tahan sampai dua tiga hari pun. kejap je dah habis.
ReplyDeletenice sharing kak...wani mmg ajar qalief makan sayur dr awal...Alhamdulillah skang ni dgn sayur dia ok tp kalau buat sayur mesti berkuah la baru dia makan
ReplyDelete