YANG MENYAYANGI KU

PENGEDAR BEBAS HERBALIFE MALAYSIA ANDA - JOM TERJAH ENTRY TERBARU

Wednesday, December 26, 2012

DOAKAN KAMI BAHAGIA : FAZURINA & SUAMI

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

haa uols pastinya ada baca kes artis kita nie .. Fazurina yang kawin lari bersama kekasihnya , ( dia nie bekas pelajar UCSA tau ) kenapa erkk ?? hurmmmm apa2 punn kita doakan sahajalah mereka bahagia , dlm paper metro semalam akak ada baca kekecewaan dan kesedihan ibu fazurina berkenaan anaknya kawin tanpa restu dan paling sedih bila mereka x tahu yg anak gadis mereka ini telah pun berkahwin ... huhuhu 

hati ibu mana yg x sakit ati bercampur pula dengan sedih , nak2 anak perempuan kan .. bayangkan kalau jadi pada diri kita2 sebagai ibuuu .. haaaaaaa macam mana .. x ker tecalar dlm hati ... minta dijauhkaannn lah perangai anak2 yg macam-macam perangai  nie kan ... minta selisih ....haaaa yuk baca artikel ini sampai habis !


“Saya memohon maaf kepada keluarga Fazurina dan memohon mereka merestui perkahwinan ini dan mendoakan kebahagiaan kami,” kata Muhammad Hykal Zulkifli, 31, suami kepada pelakon, Siti Fazurina Mohd Famir, 30, yang mencetuskan kontroversi apabila dikatakan berkahwin lari, minggu lalu.

Muhammad Hykal yang juga seorang usahawan berkata, dia percaya Fazurina adalah insan terbaik untuk menjadi teman hidupnya selepas tertarik dengan kelembutan, kecantikan dan sikap pandai menjaga hati sejak berkenalan, dua tahun lalu. 

“Walaupun perkahwinan ini menjadi isu, saya berharap segala kemelut dapat diselesaikan secara baik. Saya berharap hubungan Fazurina dengan ibu dan keluarganya akan kembali baik,” katanya pada sidang media menjawab kontroversi tercetus di Hotel Sri Malaysia, Bayan Baru, Georgetown, semalam. 


Turut hadir pada sidang akhbar itu, bapa Muhammad Hykal, Zulkifli Abu Bakar, 67, dan ibunya, Pauzi Abd Hamid, 59. Hadir sama, ibu Fazurina, Zubaidah Abu Bakar, 60, abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta dua adik Fazurina, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22. 

Keputusan muktamad Fazurina atau lebih mesra disapa Rina turut memohon supaya isu perkahwinan itu tidak lagi diperbesarkan. Rina juga memohon ampun dan maaf atas segala apa yang berlaku.

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta itu mendakwa, isu kahwin lari tidak timbul kerana perkahwinan mereka adalah sah di sisi agama dengan berwalikan bapa saudaranya, Mohamad Fami Freedam Shah di Masjid Jamek Sungai Pinang, Jelutong, di sini, pada jam 3.40 petang, Khamis lalu. 

Rina berkata, biarpun majlis pernikahannya tidak dihadiri keluarga termasuk ibu dan adik -beradik lain akibat masalah keluarga yang berlarutan sekian lama, ramai sanak saudara-mara hadir membuat persiapan dan membantu mereka. 

Rina berkata, dia terkilan dan kecewa apabila perkahwinan mereka dikecam ramai pihak termasuk keluarganya sendiri. “Sebelum ini, saya pernah menemui ibu untuk berbincang, selain memohon restu untuk berkahwin sebaliknya ditolak. 

Hati saya cukup terguris dengan apa yang terjadi kerana sebagai anak, saya pasti berharap perkahwinan ini direstui keluarga. 

“Sebagai anak, saya tahu ibu kecil hati apabila saya bertindak begini, tetapi saya tidak mempunyai pilihan. Inilah keputusan muktamad dan tidak mungkin akan ditarik balik. Kami kini sah suami isteri kerana cinta, kasih dan sayang hanyalah untuk Hykal,” katanya. 

Selepas berakhirnya sidang akhbar itu, media sempat merakamkan aksi Rina yang menangis memeluk ibunya sambil memohon maaf. Bagaimanapun, media gagal mendapatkan kenyataan daripada Zubaidah yang segera meninggalkan majlis. 

Resepsi di Pearl Island bulan depan Rina berkata, dia tidak pernah terlintas untuk mencetuskan kontroversi sejak menjadi anak seni 10 tahun lalu. Rina berpendapat, sudah tiba masanya untuk mendirikan rumah tangga dan Allah menemukan jodoh dengan Hykal sebagai suami dan pelindung buat dirinya. 

Dia berharap masalah itu tidak berpanjangan, selain memohon maaf kepada semua pihak termasuk keluarga, peminat dan media kerana terpaksa merahsiakan perkahwinan itu. 

“Saya berharap semua mendoakan kebahagiaan kami berdua. Insya-Allah, majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Pearl Island, Bayan Lepas pada 9 Februari depan,” katanya yang menerima mas kahwin sebanyak RM2,012 dan hantaran sebanyak RM30,000.

petikan : bharian

wahh hantaran rm30 ribu tu ! ... hurmm suami dia nie usahawan rupenya .. inilah dinamakan jodoh .. semoga ibu dan ayah fazurina merestui perkahwinan mereka .. x baik tau .. sebagai ibu dan ayah , jika anak2 kita dah insaf , maafkanlah mereka , dengan restu itu .. insyaallah mereka akan bahagia .. lagipun dia berkahwin bukan dengan org yg x baik kan .. ( secara dasarnyee lah )

nak ke anak2 kita x bahagia dan sentiasa merana dek kerana kekerasan hati kita sebagai IBU .... syurga anak2 di bawah telapak kaki ibu .. dan disebabkan kita hanya manusia yg x pernah sempurnalah , kita kena selalu memuhasabah diri dan saling maaf memaafi .. supaya kita tidak akan menyesal kelak  ... wallahualam .. 



31 comments

December 26, 2012

x taw plak berita psl dia..hehe..x bc paper plak klmrin..hehe..

neway..semoga mereka berbahgia....

December 26, 2012

dlm paper hari tu kata suami dia tu penganggur...wallahualam

December 26, 2012

kita doakan mereka bahagia..

December 26, 2012

Setiap ibubapa tu pastinya inginkan yg terbaik buat anak²..moga mereka kekal bahagia..

December 26, 2012

isu panas ni kan kak...ye la ko tu artis sah2 le jadi perhatian kan...tapi sian laa siap mak bapak die...anak boleh membelakangkan mereke org penting dlm hal2 kawin ginie....ish ish...

ape2 pun...hope mereka bekekalan la hendaknyer....

December 26, 2012

tak pe la kan.. kite tak tau cerita ni doakan dorg bahagia kan


December 26, 2012

baru tahu pasal dia bila baca blog akak hehe...apa2pun mereka dah selamat nikah.

December 26, 2012

Tak menghairankan..
Itu lah lumrah artis Malaysia..
Gah, famous dengan skandal & kontorversi sahaja...bakat tak de pun..

December 26, 2012

tuh la kite tak boleh nk tunding jari kat die kalo kite tak tau cerita sebenar....kita doakan yg terbaik utk die sudah

December 26, 2012

doakan jerlah mereka bahagia..musykil sikit sbb family pempuan ckp lelaki nie xkeje apa2, harapkan pempuan jer..

December 26, 2012

Semoga mereka bahagia.

December 26, 2012

la.. ni baru tau.. lama tak ikut perkembangan ni

December 26, 2012

uitt.. kawen dah.. 30k tu..
suami hartawan.. rezeki Allah..
untunglaa...

December 26, 2012

semoga ikatan perkahwinan mereka panjang ke akhir hayat.itu saja yg mampu ucapkan :)

December 26, 2012

berdamai lah...demi sebuah kebahagiaan..

December 26, 2012

apa2 pun dah selamat semua..biarlah mereka kecapi kebahagaian..InsyaAllah

December 26, 2012

semoga mereka bahagia hendaknya

December 26, 2012

smoga pasangan bhagia hingga akhir hayat

December 26, 2012

Doakan aje agar berbahagia hngga akhir hayat

December 26, 2012

ala hi..mcm2 la artis ni..suka timbulkn kontroversi..seb baik pas lari dgn BF kawin terus..buatnya lari tak kawin2..huhu

December 26, 2012

hehe..ada je org kahwin smpi 9bulan baru mak ayah baru tahu..tp bukan artis lah..kalo artis mmg kecoh lah dlm paper gini..hehe

December 26, 2012

moga mereka dapat selesaikan dengan cara yg baikkan :)

December 26, 2012

MUNGKIN ADA SEBAB KENAPA IBU NYA X MERESTUI KAN..APA2 PUN SEMOGA MASALAH DIA ORG DPT DISELESAIKAN DGN CARA YG BAIK

December 26, 2012

hem tak tau nak cakap apa

apapun tahniah buat mereka, moga berkekalan ke akhir hayat

December 26, 2012

bukan ke dulu pakwe dia ni tinggalkan dia sampai dia kemurungan...

December 26, 2012

kita doakan yg terbaik utk depa....Itulah namanya manusia...xkan lari dari melakukan kesilapan dan kita juga harus belajar memaafkan..cewah cam profesor izi lak..keh keh

xtau citer mn yg betul...moga berbahagia lah hendaknya

December 26, 2012

saya pun ada terbaca pasal ni, mulanya dalam hati ckp 'artis ni mcm2'...
tapi bila pikir balik, mungkin adalah sebab musababnya, yg penting sekarang semua dh tahu, biarlah diorang teruskan ikut apa yg telah dipilih..
smoga pjg jodohnya...

December 27, 2012

at least dia dah kawin. memang cara dia salah tp drpd dia buat benda yg tak baik, lebih baik doakan je dia sekarang. mak2 ni kalau tak kena cucuk dgn org, tak ada la dia rasa sgt. saya rasa la kan.

December 27, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BAHAGIA..

December 27, 2012

salam kak..
huhu..dah kawin rupenye?? moga2 berbahagialah hendaknye dan jernihkanlah hubungan kekeluargaan sesama mereka..

Labels

Suke (824) Makan - makan (385) Renungan (367) Hiburan (286) macam - macam (259) family (250) anak-anakku (223) Dunia (211) Wanita (192) artis (168) Tentang Aku (164) Familly (138) sedih (120) Syukur (104) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Dunia macam (71) Blogger (63) Info (63) GA (56) Holiday (51) Majlis Kawin (50) Contest (41) Diet (40) Tahniah (40) sedap (40) anak (39) Lawak (37) anak-anak (37) anak saudara (31) puasa (30) putra muhd saiful zahrien (28) Herbalife (26) Bday (24) lelaki (24) nuffnang (24) Teladan (23) Pelik (22) suami isteri (21) Raya (20) Makan (19) blog (18) Award (17) hari raya aidilfitri (17) Kasihan (16) jalan-jalan (16) Rintihan (15) lawak suke (15) By Hubby (14) Petua (13) Tips (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tips kecantikan (12) Program UCSA (11) Tanggungjawab (11) Tips Kekeluargaan (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) nur amni adriana (10) putri nur fatin sabriena (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) awana kijal terengganu (8) doa (8) perkahwinan (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) Majlis (7) amalan (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) meninggal dunia (7) putri nur fatin amanina (7) renungan syukur (7) tragedi (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) hari raya aji (6) menu (6) pekerjaan (6) pelajar (6) remaja (6) takut (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) Tension (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) kelebihan puasa (5) menang (5) pemimpin (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) Seni (4) akhir zaman (4) gather2 (4) kejadian alam (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) ustaz azhar idrus (4) Hari Ibu (3) Internet (3) Letih (3) Outing (3) Seloka (3) bantuan (3) berita (3) berpuasa (3) hari bapa (3) jilbab (3) kejam (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) pantun (3) ragam (3) sayu (3) solat (3) sukan (3) tips CINTA (3) tips blogging (3) xcercise (3) Beli belah (2) Geram (2) Tahun Baru (2) Ujian (2) berhijab (2) drama TV (2) filem (2) ikan laga (2) kelakor (2) keluarga (2) kemalangan (2) kerja besi (2) motivasi diri (2) nenek (2) piala FA (2) simpati (2) syukur suke (2) ustaz Don Daniyal (2) Bufferd Earnings (1) Jamu (1) MAULIDUR RASUL (1) SHAHPUTRA (1) UTM (1) angan (1) balik kampung (1) bapa saudara (1) biskut raya (1) bulan rejab (1) bunga (1) butik muslimah (1) hannan sofia (1) hari pekerja (1) hebahan (1) jakuzi (1) kanta lengkap (1) kartun kanak-kanak (1) kehamilan (1) kejiranan (1) lawatan DIRAJA (1) luar negara (1) mati (1) nisfu syaaban (1) nuzul al-quran (1) officemate (1) pusara (1) sempurna resort (1) sumbangan (1) tahniah suke (1) tokoh negara (1) tudung aidijuma (1) tuk sedara (1)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN