بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
“Sayang, tadi abang nampak perempuan cantik tau.” Si suami yang baru pulang ke rumah bercerita kepada isterinya.
“Oh. Di mana?” Dengan selamba si isteri menjawab. Namun dalam hati, perasaan cemburu telah meningkat dengan mendadak sekali. Maruahnya sebagai isteri seakan-akan dicabar, namun dia hanya bersabar.
“Di Pavillion tadi. Muka dia, sebijik
macam Fasha Shandha tau. Cantik sangat.” Jelas si suami sambil bercerita
dengan lebih lanjut kepada isterinya.
“Oh…” Hati si isteri seperti tercalar bila suaminya memuji wanita lain
selain dirinya. Namun dia cuba mengawal diri agar tidak terlalu ketara
perasaan yang sedang dibendung ketika itu. Si suami pula masih lagi
berminat untuk bercerita dengan isterinya.
“Sayang nak tau lagi tak? Ada perempuan
lain yang laaaaagii cantik dari perempuan first. Rasa macam nak cubit
pipi dia je tau.” Kata si suami. Si isteri hanya mampu mendengar sahaja
perkataan yang keluar daripada mulut suaminya itu.
Akhirnya, air mata wanitanya jatuh juga
ke pipi. Dia menangis teresak-esak kerana berasa suaminya tidak sayang
kepadanya lagi. Si suami melihat isterinya kemudian tersenyum. Dia
mengelap air mata yang mengalir di pipi isterinya.
“Kalau sayang nak tau, perempuan yang
laaaaaagiii cantik tu sebenarnya isteri abang la.” Jelas si suami sambil
mencubit pipi isterinya yang masih menangis teresak-esak.
* * * * * * * * * * * * * * *
Hati perempuan sememangnya lembut. Malah tidak salah sekiranya Pakar Cinta mengatakan yang hati perempuan juga sangat rapuh.
Sekuat mana pun seorang perempuan,
sekiranya satu-satunya lelaki yang mereka sayang mula mengagungkan
perempuan lain selain dirinya, hatinya tetap tidak akan dapat lari
daripada perasaan cemburu.
Di saat itu, hanya kasih sayang yang sejati menjadi pemangkin untuk mereka terus setia kepada lelaki yang mereka sayang.
" Oleh itu, kepada mana-mana lelaki yang mempunyai isteri atau pun tunang atau pun yang sewaktu dengannya, jagalah hati wanita mereka dengan seromantik mungkin.
Jangan sesekali menyakitkan hati seorang perempuan, kerana sesungguhnya perempuan memerlukan kasih sayang yang sebanyak mungkin daripada insan yang bergelar lelaki. "




35 comments
Suami buat usikan mcm ni, mesralah rumah tgga.... Patutnya semua suami mcm tu.
Puji wanita lain...??
memang tak sesuwaiiiiii..
(ops!emosilah pulak..huhu..)
;)
Hahaha kesian. Macam terkena jer kan?
pandai dia ambilhati semula.. :-)
so sweet lah..
hehe teringat kat hubby nisah. die selalu ckp
"bdn awk macam belon"
grrrrrrrr
jeles2 tapi kawal lagi..hehe
husband sy pn suka brgurau tp blm prnah bgurau mcm ni...klau dia buat mau sy meraung jgk ,ahahah!!
bergurau yer..hik hik...control!
naseb la isteri dia tetap cantik di hati suami...kalo x, remuk redam si isteri =)
hmmm sib bek suami dia memahami kan kalau tak pangggg!!!! hihi
hihihi...nasib baik suami saya tak pernah puji perempuan lain kikiki...
Akak pasal pesanan akak tue...."kalau akak tukar background lain kat blog akak..background yg kat home tue...tak auto tukar...akak kena tukar sekali jugak.."
hehehe.. so sweet.. :)
aduhhhhh
klu En Zalie kata gitu.
tidoo luo
Betul kak tp ai tak kisah ekekeke boleh gitu?
hehhe pandai suami dia amik hati blk ;)
sesekali apa salahnya, sekadar menduga
so sweet..suami saja mengusik tu.. :)
yela kak, sy sendiri kuat cemburu orgnya.. dia tgk pempuan lain lelama pun sy dh naik angin.. tp xsuke la mrh²..
As salam Kak Ieda,
Suami saya jarang memuji saya apatah lagi org lain... tp kalau dia tetiba puji9 org lain) mmg sentap jugaklah! hehehe
x ramai lelaki yg mcm ni!
Kita kena sentiasa cantik di mata suami dari perempuan lain di luar supaya suami tak cari yang lain.. :)
cerita pakjoe datang terjah di blog nie... 4 c joe bg dekat blog nie cute,cun,comel,cantik niceeeeeee entry ..terjah sini sama k ada mcm2 tip tuto pakjoe nk kongsi dgn tuan blog..lg 1 klo tuan blog bg komen dekat blog pakjoe sekali pakjoe kn bls blk komen dekat blog..chat blog tidak dikira nie,http://pakjoe-pakjoe.blogspot.com/2011/12/korang-semua-jomlah-join-this-group.html
Kalau kakcik, kakcik iyakan je. :)
memang perempuan cepat tersentuh kan kak..
so sweet suami dia.....
kak, antara saya dan suami, saya yg suker puji lelaki lain... beriya lak tu... hahaha
sekarang ni saya dah kurang jeles. yey!
sweet...
pndi yer..da puji pmpuan lain pjuk lak istri tu...hihi...tp mmg suweet jer :)
kadang kadang suami nie mmg pandai sakat kite , hahha , kalau fara kena , fara sakat dye balik , hihihiihih
kena contohi suami dia nih...:)
huk aloh...sweet jer hikss
pandai dia ambil hati balik kalau tak mmg takde dinner la nanti huhuhu
romantiknya..
jeles tau suami puji pmpn lain lg cntik...
tp dialog kat atas nih romantik