بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
Tahniah diucapkan pada Achong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat
yang telah pun sah menjadi suami kepada Marya Zuraida pada hari Sabtu
lepas (15 Disember).
Berkenalan ketika sesi promosi album Sweet Child sekitar tahun 1998,
pasangan ini kemudian bertemu semula di laman Facebook pada tahun 2010
dan Acong telah meluahkan hasratnya kepada Marya pada Disember yang
lepas.
“Kami kenal ketika saya berusia 17 tahun pada 1998 di Kuantan,
Pahang. Pada waktu itu, saya dan rakan-rakan membantu Acong dan kumpulan
Sweet Child menjual album ketika mereka mengadakan promosi di sana.” –
isteri Achong, Maria.
Vokalis kumpulan Sweet Child ini mengaku dia mengambil keputusan untuk
mengahwini Marya kerana selesa dengannya dan menganggap diri sudah
terlalu lama menduda.
Pasangan itu diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan pada Sabtu
lalu, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Sultan Abdul Halim Sungai
Petani, Kedah dengan sekali lafaz.
Acong menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang
oleh pengantin perempuan sementara mas kahwin pula sebanyak RM2,000.
Bagaimanapun, kedua-dua mempelai enggan mendedahkan jumlah wang hantaran.Majlis pernikahan di kampung halaman Marya yang juga seorang pelakon
tambahan dan krew produksi itu mendapat tajaan Azie De’ Touch dan
dihadiri lebih 400 tetamu.
“Saya ambil keputusan untuk berkahwin kerana keinginan untuk berumah
tangga semakin memuncak apabila melihat rakan-rakan saya sedang bahagia
dengan anak-anak dan keluarga mereka sedangkan saya masih hidup seorang
selepas 10 tahun menduda.”
semoga mereka kekal bahagia .. pasangan nie sama cantik dan sama padan kan .. senyuman mereka berdua nie seakan sama sahaja .. kan kan kan .. ;)
pic & sumber ;hmetro







16 comments
along ke achong kak
Tahniah..Moga kekal hingga ke Jannah..
alhamdulillah.. tahniah.. suke tgk acong kat maharajalawak dgn jambu dulu.. sakit perut gelak..
xtau pulak dia ni duda rupanya..
Sweet je pasangan ni..
suka tengok pic mereka berdua..
Nota: hubby dah antar guna skynet, mgkn lewat sikit sampai kot sbb cuti..
isnin nnt takut x smpt nak pos - cadangnya esok nak bawa famili bercuti.. (tmpat2 biasa jer..)
Tahniah! Semoga Ahcong dan isteri kekal bahagia dunia dan akhirat. :)
semoga jodoh mereka kekal hingga ke syurga...amin...
Selamat berbahagia untuk Achong dan isteri.
Tahniah! semoga berbahagia
Bkn along..tp achong..hihi..selmt pengantin baru buat mereka..achong ni skng dah jd pelawak plak... ;-)
sama cantik sama padan depa dua n
hrp dia dpt mbimbing isteri dia dijalan Allah
kuat jodoh diorang kan. ;)
tahniah...cantik wife dia
salam kak..
alhamdulillah..jodoh diorg..
tahniah & semoga berkekalan hingga kejannah :)