بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
haa nie barulah dpt nak BW ... lega sikit bila jumaat nie , waktu tghari org semua keluar makan , akak x der mood nak makan dah .. hurmmm mood semua dah hilang .. tapi rasa sikit lega adalah kan .. sbb Audit ditangguhkan .. soo bolehlah jenggah puas2 umah kawan2 sambil up entry menarik nie ..
haa nie bila jalan2 , baca artikel dan berita terpandangkan artikel nie .. wahhh memang menakjubkan kan ! macam x percaya bila bb yang baru berusia 9 bulan dah pandai berenang ! ... menahan nafas ... memang kagum lah dengan budak2 nie ... kalau akk harus x pandai ... bila ke pantai tuu yg takut nak mandi sbb x pandai berenang huhuhu
Bayi Kembar Belum Jalan Dah Pandai Berenang -
GLOUSTERSHIRE : Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi
bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter
pada usia hanya sembilan bulan.
Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air. Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.
Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya
dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa
pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di
Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.
Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5
membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka
tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima
meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,”
kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih
renang.
“Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami
sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat
dan turut kagum.“Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” kata Charlotte. – DM
fuh ! kagum akak .. x tahu nak cakap apa .. kadang2 org puth nie , mereka selalu ajar anak2 mereka sesuatu yg diluar jangkaan manusia kan .. see .. bayi seuisa 9 bulan dah pandai berenang macam org dewasa ! .. sampai ada memek2 muke dan hidung menahan nafas dan pandai bernafas dlm air uuuuuu ... huwaaaaaaa
patutlah zaman skrg nie ramai ibu bapa yg hantar anak2 belajar berenang kan .. hurmmm akak x mampu lah nak hantar ekeke .. mereka belajar dirumah dlm bilik air aje lahh ekeke ;)






22 comments
Mmg menakjubkan bakat diorang ni... Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi ye?
Hebatnye.. camno nak ajar anak eh..
wah hebatnyaaaaaaaa...
kagum..
hebatnya kan...kalah saya yg lgsg xtahu berenang..dan takut air..huhu
terkedu tgk
kalau tina tak berani kot nak ajar umur2 mcm tu, sebab mak nya pun tak reti berenang hehe
memang kagum... malu ngan diri sendiri dah tua2 pun tak reti2 lg berenang.. penakut.. kekeke...
sy prnah bc artikel baby mmng ada keupayaan untuk mengapungkan diri sendiri kak..rasanya betul sebab saya pun pernah cuba..huhu..tp kejap jela, tenggelam lak anak sy kang. yg mcm sheikh muzaffar tu pun ajar anak kecik dia berenang..tp yg ni mmng semulajadi ni, jauh tu 25 mtr
memang menakjudkan kan kak.. sy pun x pandai berenang.. nak belajar rasa cam dh tua sgt.. x sesuai.. ekeke..
kuasa Allah tu.
Wow...saya yg beso ni pon tak pandai berenang, tapi baby ni dah pandai...haishhhh...
Mak nya bekas jurulatih renang, mesti anak pon pandai berenang kan ☺☺
wow, hebatnya....kagum pun ye kat baby nie...nie yg nak ambik kelas renang utk ank2 nie..hihihii
comel jea mereka berdua :)
hebat dah pandai berenang
bagus ni..sheikh muzafar pun ajar anak dia berenang dr kecik
ada saya dengar cerita..kita semasa dalam kandungan ibu macam situasi berenang la kan..tu yg mudah je baby berenang n ada yang bersalin dalam air.
tp kita,stat lahir tk penah dibagi berenang..tu yg tak reti2 berenng pas ke besar kecuali dia belajar berenang :)
Bestnya kalau anak boleh berenang camgini
ada juga angan2 nk hantar alya p kelas renang...huhu
Kagum dengan kebolehan dua baby tuh..kuasa Allah kak kan..
hebat la diorang. sy pun tak reti berenang. huhu..
wow hebatnyer...wani pn xtau berenang hehe
mat saleh nih memg brani ajar nak diorang berenang seawal usia mcm nih kan kak
done digi n windows 8