بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
aduhh x sangka pula di kuantan berlakunya banjir kilat , tapi sebelum2 nie akak pernah dgr dari kawan2 kalau hujan beria sikit , sekitar kawasan megamall tuu akan naik air ..rasanya dah dari tahun lepas lagi ... tapi mungkin kerajaan anggap ujan masa tuu x lama .. soo keadaan dibiarkan begitu sahaja tanpa tindakan susulan .. haaaaa kali nie .. hujan x berhenti sejak dari petang ahad aritu ... akak yg duk di pekan punnn dalam keadaan sejukkk sahaja .. hujan x henti2 ....
KUANTAN: Hujan yang turun pada awal pagi lebih daripada lima
jam telah menyebabkan Kuantan dilanda salah satu daripada banjir
terburuk dalam beberapa dekad ini dan menjadikan bandar ini mengalami
kesesakan jalan raya di jalan-jalan utama yang dinaiki air sedalam 1.5
meter.
Pada Isnin, lebih 300 penduduk dari beberapa kawasan di bandar Kuantan terpaksa dipindahkan ke pusat-pusat bantuan.
Di sesetengah kawasan, kereta telah terkandas dan menyaksikan kesesakan lalu lintas yang serius di Kuantan.
Antara jalan-jalan yang ditenggelami banjir sehingga pukul 3 petang
Isnin adalah Jalan Tun Ismail Satu, Jalan Beserah, Jalan Wong Ah Jang,
Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Abd Aziz, Jalan Mahkota, Jalan Bukit Ubi, Jalan
Air Putih, Jalan Pasar dan Terminal Makmur.
Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah,
kebanyakan sistem perparitan yang sedia ada didapati terlalu sempit dan
sudah usang menyebabkan ia tidak dapat menampung jumlah air hujan
sehingga ia melimpah dan mengakibatkan banjir kilat di sekitar pusat
bandar.
"Ketika saya terbang tadi (dengan helikopter) buat tinjauan, ia
(banjir kilat) bukan disebabkan oleh paras air sungai yang meningkat
atau sistem perparitan yang tersumbat.
TENGGELAM…bandar Kuantan yang dilimpahi air
banjir, Isnin. Banjir berlaku selepas hujan lebat dari malam Ahad dan
mereka yang tinggal di kawasan banjir dinasihatkan supaya berjaga-jaga
kerana hujan lebat dijangka akan berterusan sehingga 9 Januari depan.
pic kredit to : budakbotak
uishhh terperanjat tgk pic2 nie ... aduhh teruk jugak ye .. kesiann lah dgn kenderaan2 yang terperangkap tuu , habis jahanam semua ! .... mereka x sempat nak selamatkan kereta mereka .. air naik dengan mendadaknye mlm tadi , bila nak alihkan dah x sempat sbb terperangkap , semua jalan x boleh lalu ... last2 mereka terpaksa biarkan kenderaan mereka disitu ! .... aduhhhhhhhhh
skrg nie punn masih hujan ... hujan dari semalam lahh .. berhenti punn x sampai 10 minit ... memang teruk juga nampaknya .. harap2 ibu bapa yang duduk di sekitar bandar kuantan akan terus berjaga2 dan pantau anak2 mereka ... di pekan skrg nie x tahu lagi ada atau tidak mangsa banjir yang dipindahkan . Dengar dalam berita di pahang sahaja lebih kurang 950 mangsa banjir dipindahkan ... huhuh














21 comments
Smoga banjir thn ni tak ada korban nyawa..sian mangsa yg terlibat.
smoga cpt reda..teruk jg ni
salam kak iedaaaa...selamat pagiiiiiiiiiiiiiiiiii...:) moga2 cepat2 surut lah banjir..intan dulu di kampung penah alami banjir..fuh perit...time bila dah surut tu..jenuh nak mencuci satu rumah
sib baik kami dah balik dari sana..
Teruknya banjir...
ya allah teruknya banjir kak, moga cepat reda, moga semua yg terlibat selamat hndknya
semoga yang terlibat selamat semuanya. sama2 kita berdoa
ada gak tengok kat berita tadi..
kecian nye..teruk jugak banjir ni....
kuasa Allah.. moga banjir ni surut dan tiada kemalangan jiwa dlaporkan..
Assalamualaikum Ieda
kawasan perumahan ieda tak kena banjir yer...
dasat sungguh banjir kali ni..
sy n co gi kuantan sari sebelum tu, ari ahad seb bek x tersekat. kalo tak, maunyer tido sana n report duty sana.. heheh
hrp2 surut ler airnya nnti. bimbang woo taleh gi kije ni..
dasat sungguh banjir kali ni..
sy n co gi kuantan sari sebelum tu, ari ahad seb bek x tersekat. kalo tak, maunyer tido sana n report duty sana.. heheh
hrp2 surut ler airnya nnti. bimbang woo taleh gi kije ni..
dah masuk musim tengkujuh skrg ni kan kak.
harap tak berterusanlah keadaan begini.
kat kelantan pun hujan tak henti2. sesetengah tempat dah banjir. kena lebih berhati2 la kan kak.
mmg banjir teruk ye kak...weekend nie ira n family nak balik kuantan...harap2 banjir dah surut
ya ALLAH kak..teruknyeeeee...
tahun ni banjir teruk lah kak..tapi tempat sy ok lagi.
Ksiannya dorang... ibubapa kena memantau ank2 supaya xde yg main air banjir...
teruk gak kan..wani tgk dlm berita gak..moga banjir cpt surut la
salam kak..
huhuh... tu la..musim tengkujuh tgh menyerang kawasan pantai timur... terkejut jgk tgk kawasan yg kena banjir tu..teruk..
semoga mereka bersabar menghadapi ujian allah ini..