YANG MENYAYANGI KU

PENGEDAR BEBAS HERBALIFE MALAYSIA ANDA - JOM TERJAH ENTRY TERBARU

Saturday, September 15, 2012

CARA BUAT SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
.
Tata Cara Solat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas

Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:


Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


13 comments

September 15, 2012

tk atas pengkongsian ini

September 15, 2012

thanks kak.... pernah buat masa nak buat pilihan tentang bisnes.

September 15, 2012

nice sharing..thanks kak ieda :)

September 15, 2012

tq atas perkongsian.

dari blog NUR

September 15, 2012

thanks foe sharing kak ieda...

September 16, 2012

terima kasih atas prkongsian....

September 16, 2012

tq 4 sharing kak!

September 16, 2012

Terimakasih panduan, IEDA. Memang ada ketikanya, kita sangat memerlukannya.

September 16, 2012

tq 4 sharing kak!

September 16, 2012

nice sharing kak....sgt bagus :)

September 17, 2012

thanks kak kongsi..

September 17, 2012

terima kasih atas perkongsian ni kak

September 18, 2012

terima kasih kak berkongsi..

Labels

Suke (824) Makan - makan (385) Renungan (367) Hiburan (286) macam - macam (259) family (250) anak-anakku (223) Dunia (211) Wanita (192) artis (168) Tentang Aku (164) Familly (138) sedih (120) Syukur (104) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Dunia macam (71) Blogger (63) Info (63) GA (56) Holiday (51) Majlis Kawin (50) Contest (41) Diet (40) Tahniah (40) sedap (40) anak (39) Lawak (37) anak-anak (37) anak saudara (31) puasa (30) putra muhd saiful zahrien (28) Herbalife (26) Bday (24) lelaki (24) nuffnang (24) Teladan (23) Pelik (22) suami isteri (21) Raya (20) Makan (19) blog (18) Award (17) hari raya aidilfitri (17) Kasihan (16) jalan-jalan (16) Rintihan (15) lawak suke (15) By Hubby (14) Petua (13) Tips (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tips kecantikan (12) Program UCSA (11) Tanggungjawab (11) Tips Kekeluargaan (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) nur amni adriana (10) putri nur fatin sabriena (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) awana kijal terengganu (8) doa (8) perkahwinan (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) Majlis (7) amalan (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) meninggal dunia (7) putri nur fatin amanina (7) renungan syukur (7) tragedi (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) hari raya aji (6) menu (6) pekerjaan (6) pelajar (6) remaja (6) takut (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) Tension (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) kelebihan puasa (5) menang (5) pemimpin (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) Seni (4) akhir zaman (4) gather2 (4) kejadian alam (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) ustaz azhar idrus (4) Hari Ibu (3) Internet (3) Letih (3) Outing (3) Seloka (3) bantuan (3) berita (3) berpuasa (3) hari bapa (3) jilbab (3) kejam (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) pantun (3) ragam (3) sayu (3) solat (3) sukan (3) tips CINTA (3) tips blogging (3) xcercise (3) Beli belah (2) Geram (2) Tahun Baru (2) Ujian (2) berhijab (2) drama TV (2) filem (2) ikan laga (2) kelakor (2) keluarga (2) kemalangan (2) kerja besi (2) motivasi diri (2) nenek (2) piala FA (2) simpati (2) syukur suke (2) ustaz Don Daniyal (2) Bufferd Earnings (1) Jamu (1) MAULIDUR RASUL (1) SHAHPUTRA (1) UTM (1) angan (1) balik kampung (1) bapa saudara (1) biskut raya (1) bulan rejab (1) bunga (1) butik muslimah (1) hannan sofia (1) hari pekerja (1) hebahan (1) jakuzi (1) kanta lengkap (1) kartun kanak-kanak (1) kehamilan (1) kejiranan (1) lawatan DIRAJA (1) luar negara (1) mati (1) nisfu syaaban (1) nuzul al-quran (1) officemate (1) pusara (1) sempurna resort (1) sumbangan (1) tahniah suke (1) tokoh negara (1) tudung aidijuma (1) tuk sedara (1)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN