بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
wahh bagusnyaaaaaaaaaaa .. sejuk mata memandang akan keserasian dan kemesraan anak2 tiri Dato Siti dengan Dato Siti ... alhamdulillahhh .. syukurrr harap2 mereka berkekalanlahh sampai bila2 kan .. dan akk sgt2 yakin dengan kata2 anak2 tiri CT nie berkenaan kesabaran dan sifat prihatin CT terhadap anak2 tirinya .. hurmm bilalahh ct nak dpt bb kan .. kalau dpt bb gurl sorang punn jadilah kan kan kan
Datuk Siti Nurhaliza bersama suaminya Datuk Khalid serta dua daripada empat anak tirinya iaitu Muhammad Ashraf, 20, dan Muhammad Aazief, 14 dipertemukan di dalam satu fotografi khas Harian Metro. Difahamkan selama enam tahun bintang terkenal berkenaan berkahwin dengan ayah mereka, sepanjang tempoh itu juga mereka tidak pernah melihat ibu tiri mereka dalam keadaan marah atau melenting. Sifat tenang dan sabar Siti membuatkan mereka amat menghormati dan mengaguminya. Jelas mereka kepada Harian Metro:-
“Mak Iti seorang yang ‘chill’ dan ‘relax’. Tidak pernah marah dan penyabar. Biar dengan orang gaji sekalipun, dia tidak pernah meninggikan suara. Dia seorang yang baik dan mempunyai kesabaran luar biasa. Bukan itu saja, Mak Iti saya sifatkan sebagai seorang pendengar dan penasihat yang baik. Saya tidak pernah rasa kekok untuk bercerita dengan Mak Iti kerana dia boleh menerima apa saja isu yang diperkatakan.”
Ashraf dan Aazief juga berpendapat sebagai seorang anak, mereka berdua wajib menghormati Datuk Siti sebagai ibu tiri mereka dan selama berkahwin Datuk Siti berjaya membahagiakan ayah mereka.
seronok tgk mereka macam nie kan .. macam happy family aje .. hurmm CT nampak gemuk erkk dlm pic nie .. orang tgh happy kan .. walau x der anak sendiri lagi .. tapi hati senang sbb anak2 tiri dah mula menghormati dan menyayangi beliau .. ;))






28 comments
harap2 dpt anak cepat..mesti comel
Sweet kan diaorang ni..semoga kekal bahagia selamanya
Bagus lah CT ni...dia ada kesabaran luar biasa. Akak ni sabar mmg sabar tp kalo ada yg tak kena ngan anak...dorang kena marah jgk, hihi..
suka dia jugakkk :)
part anak ni xleh nak ckp psl itu trpulang pd rzeki ..
tapi yg x besh tu part tudung.. adeh .. makin teruk plak
moga dato ct cepat2 dikurniakan anak.. tapi tudung periuk ct tu lucu la..hihihi
tulh xsabo nk tgk anak mak iti nii..ehehe
cantek sangat ct kan?geram tgk pp dia..hehe
http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/cantiknya-kurma-puasaku-kali-ini.html
kita folo kak..
salam ieda..acik pun suka tengok gambar ni
berdoa agar siti dapat anak sendiri amiinn :)
Menumpang kasih anak tiri. Untung juga ada anak tiri kalau tak lagilah rindunya nak dapat kasih anak-anak kan..
alahai comelnya....keluarga bahagia
hurm bilalah dia nak ada anak sendiri kan...
Semoga cepat dpt anak sendiri.
Alhamdulillah..semoga hubungan mcm ni kekal selamanya..Happy Family
sifat penyabar tu yg paling akak kagumi..
so sweet
penyabar...bukan semua org ada sifat2 tu...Alhamdulillah...
semoga dorang kekal bahagia hendaknya...amin...
tak sabar tunggu ank dia sendiri... emm bila yer...
siti memang bertuah..
happy je.. seronok baca kata2 ank tiri ct tu...
blm ada rezeki lagi kot kak.. :)
mudah-mudahan keingin dato ct untuk dapat cahayamata termakbul
mudah-mudahan keingin dato ct untuk dapat cahayamata termakbul
semoga dati ct cpt dpt anak sendiri...tp mmg nampak dato ct ni jenis lembut jer...
Kalau di lihat dari airmukanya...memang siti seorang yg penyabar...
mak iti ni mmg terbaik la..
Seronoknya ada mak tiri yg baik...