YANG MENYAYANGI KU

PENGEDAR BEBAS HERBALIFE MALAYSIA ANDA - JOM TERJAH ENTRY TERBARU

Wednesday, July 25, 2012

KAWIN DI USIA MUDA ~ ADA BURUK & BAIKNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

Ramai kalangan anak muda sekarang yang sedang menuntut di pusat pengajian tinggi mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas menemui insan yang dirasakan sesuai untuk dijadikan pasangan . Zaman akk dulu bila sebut nak kawin rasa macam x percaya sahaja .. haa sbb ape ?? sbb ummi akk akan tanye .. sape calon ??? kerja ape ?? duk mana ?? asal mana ?? hahahah soklan x leh blah kan .. masa tuu duk tertanye2 .. adehhh susah nyeee .. ke aku belum matang utk kawin @ aku belum layak nak kawin dlm usia ini .. huhuhu macam2 persoalan yg kuar .. 


yelahh masa tuu umur akk baru 24 tahun .. dan hubby akk masa tuu pun sama usia .. hurmm nak2 hubby akk bukan kerja dengan kerajaan .. memang banyak persoalan yg timbul .. tapi akk relaxx aje masa tuu .. dah puas semayang dan dah buat solat istiharah , soo alhamdulillahh allah beri petunjuk .. nak2 akk pernah putus tunang .. jadi pengalaman memang mengajar akk .. 

 
Apakah Kebaikan Berkahwin Muda?
Mungkin ramai yang tidak menyedari kahwin awal mampu memelihara maruah wanita serta keluarganya dari fitnah dan zina. Lebih-lebih lagi ketika berada di pusat pengajian yang sama. Sudah pasti bila ada masa terluang janji temu akan diatur bagi melepas kerinduan. Sekali dua mungkin boleh bertahan tetapi masuk ketiga dan seterusnya, adakah keadaannya masih sama? Ditambah pula jika ‘berdua’ sudah pasti ada yang ketiga iaitu ‘syaitan’. Dengan berkahwin, segala-galanya terjaga.

Perlukah Berkahwin Di Awal Usia?
Tidak dinafi kan, pelajar-pelajar universiti ini ada yang menjalin hubungan lebih dari dua tahun, malah hingga enam tahun. Jadi, dalam tempoh yang begitu lama, agak rugi sekiranya menghabiskan masa bertemu kerana ingin melepaskan rindu tetapi dalam masa yang sama menambah dosa apabila melakukan ‘adegan tambahan’.
Jalan paling baik adalah bertanya secara jujur kepada pasangan sama ada dia bersedia untuk mendirikan rumah tangga atau sebaliknya. Sekiranya dia bersetuju maka usahakan ke jalan kebaikan tetapi jika dia berdolak-dalih dan gagal berikan alasan yang munasabah sebaiknya lakukan solat istikharah.

Mampukah Bahagia ?
Sebenarnya, usia, tempoh perkahwinan malah apa sahaja bukanlah jaminan untuk mencapai bahagia. Semuanya tergantung kepada pasangan itu sendiri untuk berusaha ke arahnya. Sekalipun ada di antaranya terpaksa berjauhan kerana masing-masing menginap di asrama yang berlainan tetapi itulah yang mengajar erti kerinduan, erti kasih sayang yang sebenar. Berselisih faham itu biasa. Kata orang lumrah dalam rumah tangga tetapi cuba cepat-cepat selesaikannya. Menariknya lagi masing-masing mengetahui tentang tujuan di masa hadapan. Sudah mengetahui diri terikat dengan lafaz ijab dan kabul maka berakhirlah istilah mencari calon yang meletihkan.

 Cara Bahagi Masa Antara Belajar Dengan Rumah Tangga?
Mudah sahaja kalau tahu cara asasnya. Waktu belajar berikan tumpuan sepenuhnya, jangan main-main dan berusahalah untuk berjaya. Tetapi bila dengan suami, tugas sebagai pelajar itu dilupakan seketika. Laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk melayannya sebaik mungkin. Tidak bermakna sepanjang masa perhatian harus dialihkan padanya. Apabila dia keluar atau tidur maka buatlah aktiviti yang anda suka. Senang cerita, kehidupan tak banyak yang berbeza dan usah sekali-sekali anggap ia sebagai bebanan.



insyaallahhh .. akak selalu pegang kata2 nenek akk .. jodoh dan pertemuan memang ditangan tuhan , tapi kita kena sedar , usaha utk mengekalkan , menyuburkan , menambahkan kasih sayang sesama kita adalah ditangan kita .. kita berdoa .. berharap dan yg PENTING jangan tergesa2 membuat keputusan .. minta pandangan ibu & ayah .. itu yg TERBAIK .. 

kawin muda @ tua x menjadi masalah , hubungan dengan restu mereka insyaallahh dengan izin allah akan membawa bahagia ... pssssssst akk kawin dulu pun mak ayah x berapa suke .. sbb hubby akk dua pupu akk .. tapi berkat doa siang dan malam , alhamdulillahhh walau pelbagai dugaan .. akk terima sbb tahu dugaan ini allah beri utk akk beringat selalu , apa yg kita pinta pasti ada hikmah disebaliknyaaa ... ;)



25 comments

July 25, 2012

izwa pun kawin umur 24..muda giler rase nyer mase tu...hehehe...

restu mmg penting.tp persefahaman juga amat penting kan kak. oo kawen sedara rupanya.mak saya pun marah masa sepupu dia ngorat saya dulu.aal2 dia dah warning tak bg kami bercinta..hihi

July 25, 2012

setuju dengan pandangan akk

tapi kalau yg nak kawin muda tu, bialah ekonomi stabil kan?..

July 25, 2012

mak saya pesan, tunggu umur 25 ke atas baru kahwin..huhu

July 25, 2012

awl juga akak kawen eyh..sweety ne bilee la jodoh nk smpai nehh..adeyhh

July 25, 2012

su kawin umur 22.Alhamdulillah bahagia sampai kini.mula2 target umur 25 tapi dari umur 21 dah ada yg merisik.pakwe(suami)terus masuk minang takut melepas..he..he..kawin muda sebab takut buat perkara x elok.kitorang kenal dari umur 18.

July 25, 2012

saya kawin umur 22 kak..beza dgn sepupu saya yg muda2 ni..dah hujung 20 an pun tak kawin2 lagi..ada yg belajr ada yg nk kumpul duit byk2..

July 25, 2012

sy pun kahwin umur 24 tahun..suami lak 22 tahun..alhamdulillah bhgia smp skang..bergaduh tuh biasa la kan...adat berumahtangga...

July 25, 2012

Samalah... Kawin end of dec umur genap 24 tahun... Mybe jodoh awal... Depends on situation jugak.. Kalau kawin muda, pandai nak manage family oklah... Dpt yg kawin muda sebab gatal je lebih, porak peranda jugak kot... N paling haru, menyusahkan orang tua n adik beradik...

akakpn gitu gak, belajar tak abis lg, sibuk nak kawin, gatai.. hihihi

July 25, 2012

nak kawen jugak ! hahaha

wah..bestnya dpt kawin muda ;)
saya dulu pun nak kawin masa tgh belaja..tp mak byk sokla..keje apa..org mana..duk mana..huhuhu

July 25, 2012

Kalo jodoh cepat cepat la kawen..kalo jodoh lambat, lambat la kawen..skrg ni trend kawen muda kan... tak leh dah nak enjoy2 dgn kawan2 cam bujang, kene pkir kat umah tangga skrg ni..kan..kan...

July 25, 2012

Salam Ramadhan Ieda

saya kawin agak lewat...sebab nak pelihara adik2 dulu..

July 25, 2012

Semuanya bergantung pada individu itu sendiri. Bila dah sampai seru kahwin lah tak kira umur. Jodoh ditangan Allah. Byk kebaikan dgn perkahwinan jd fikir yg baik2 sahaja maka hasilnya pun baik :)

salam ieda.Klu dah jodoh..cpt/lambat jer.Tp kdg2 kawen muda ni tahap kesabaran/kematangan kurang gak...

Mesti saling bertolak ansur & bantu membantu..InsyaAllah jodoh hingga ke akhir hayat.

Org pompuan skrg lambat kawen..xkisah,xmacam kita dulu2 umo 25-25 mak ayah dah bising.Tp skrg umur 30an pon masih membujang lagi.

July 25, 2012

lya dulu kawin muda..msa study lg..sem 5.. lya umur 21 & fain 22..

tp alhamdulillah.. walaupon kwin muda smuanya berlangsung dgn baik... & pelajaran lya pon meningkat & mmg x tganggu sbb status sbg seorg istri.

lya bangga kawin muda sbb.. lya mhrungi usia remaja bersama seseorg y sah.. & juga meniti usia kedewasaan bsama y tsyg..

apa y penting toleransi sesama pasangan

July 25, 2012

Kawen muda ade baik dan ade buruknya..

July 25, 2012

dah melewati umo 24 xkawen lg ni...huhuuu

July 25, 2012

setuju dgn semua statement di atas..cuma eina kawen lmbat, lmbt jumpa jodoh yang meyakinkan..alhamdulillah lambat pun tetap kawen juge..hehe~

selamat berpuasa kak~

July 25, 2012

hani dah 26 tapi belom ada boifren... tak tahu bila nak kawen... hehehe

July 26, 2012

bahagia ke tak,cuma kita je yang mampu mengusahakan nya..kalau berserah saja pun mana nak datang bahagia tu..kan??saya dengan suami kawen masa umur 25..tak tua tak muda..hehehh

July 26, 2012

tak pernah rancang nak kawin bila. tapi kawin umur 28. hehehe... asal pandai tolerate dan saling hormat menghormati... insyaAllah, akan jumpa jalan bahagia tu.

July 26, 2012

wani pun kawin muda juga hihihi...alhamdulillah bahagia sampai sekarang :)

Saya taklah kawin muda hihihi umur 27 baru kawin...

Labels

Suke (824) Makan - makan (385) Renungan (366) Hiburan (286) macam - macam (259) family (250) anak-anakku (223) Dunia (211) Wanita (192) artis (168) Tentang Aku (164) Familly (138) sedih (120) Syukur (104) Tips Kesihatan (86) Kawan - Kawan (85) Dunia macam (71) Blogger (63) Info (63) GA (56) Holiday (51) Majlis Kawin (50) Contest (41) Diet (40) Tahniah (40) sedap (40) anak (39) Lawak (37) anak-anak (37) anak saudara (31) puasa (30) putra muhd saiful zahrien (28) Herbalife (26) Bday (24) lelaki (24) nuffnang (24) Teladan (23) Pelik (22) suami isteri (21) Raya (20) Makan (19) blog (18) Award (17) hari raya aidilfitri (17) Kasihan (16) jalan-jalan (16) Rintihan (15) lawak suke (15) By Hubby (14) Petua (13) Tips (13) tips anak - anak (13) Benci (12) Sakit (12) Tips kecantikan (12) Program UCSA (11) Tanggungjawab (11) Tips Kekeluargaan (11) Al-fatihah (10) ibu bapa (10) nur amni adriana (10) putri nur fatin sabriena (10) Kad Ucapan (9) Kenangan (9) Segmen (9) Terharu (9) awana kijal terengganu (8) doa (8) perkahwinan (8) Bangga (7) Bloglist (7) Kagum (7) Majlis (7) amalan (7) kasih sayang (7) kehidupan (7) meninggal dunia (7) putri nur fatin amanina (7) renungan syukur (7) tragedi (7) Tak Maafkan (6) cantik (6) hari raya aji (6) menu (6) pekerjaan (6) pelajar (6) remaja (6) takut (6) terima kasih (6) tips ibu mengandung (6) Perayaan (5) Tension (5) ULANGTAHUN (5) ayah (5) beriadah (5) kelebihan puasa (5) menang (5) pemimpin (5) Berangan (4) Friends (4) Hadiah (4) Seni (4) akhir zaman (4) gather2 (4) kejadian alam (4) pelajaran (4) persoalan hati (4) sekolah (4) ustaz azhar idrus (4) Hari Ibu (3) Internet (3) Letih (3) Outing (3) Seloka (3) bantuan (3) berita (3) berpuasa (3) hari bapa (3) jilbab (3) kejam (3) mandi manda (3) panduan utk anak (3) pantun (3) ragam (3) sayu (3) solat (3) sukan (3) tips CINTA (3) tips blogging (3) xcercise (3) Beli belah (2) Geram (2) Tahun Baru (2) Ujian (2) berhijab (2) drama TV (2) filem (2) ikan laga (2) kelakor (2) keluarga (2) kemalangan (2) kerja besi (2) motivasi diri (2) nenek (2) piala FA (2) simpati (2) syukur suke (2) ustaz Don Daniyal (2) Bufferd Earnings (1) Jamu (1) MAULIDUR RASUL (1) SHAHPUTRA (1) UTM (1) angan (1) balik kampung (1) bapa saudara (1) biskut raya (1) bulan rejab (1) bunga (1) butik muslimah (1) hannan sofia (1) hari pekerja (1) hebahan (1) jakuzi (1) kanta lengkap (1) kartun kanak-kanak (1) kehamilan (1) kejiranan (1) lawatan DIRAJA (1) luar negara (1) mati (1) nisfu syaaban (1) nuzul al-quran (1) officemate (1) pusara (1) sempurna resort (1) sumbangan (1) tahniah suke (1) tokoh negara (1) tudung aidijuma (1) tuk sedara (1)

HUBUNGI SAYA KERANA SAYA SUDAH BERJAYA HILANG 24KG DLM MASA 8 BULAN