بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
Khas untuk mereka yang belum ada lagi pasangan hidup.
Jika benar cinta itu kerana Allah SWT, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah SWT kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah SWT maka ia pun berhilir hanya kepada Allah SWT. Tetapi, ingatlah! Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah SWT dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah SWT dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT bukan di pandangan manusia.
Untuk Hawa.
Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam.
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam Islam.
By Ustaz Don
ps : ada yg gantung kuali tak ari nie .. akk baru balik dari majlis kawin .. letih semua ada .. sukee nie .. sbb komp akk dah boleh guna .. walau komp satu layie tuu rosak , sib baikk lah komp anak nie jadi penyelamat .. huye ! .. alhamdulillahhh ... allah permudahkan ;) Nak pi BW nie .. winduu ngan uolss tau ;)





10 comments
setujukkk...ngeee(^_^)
mudahan..
amin..
lepas nie biar org kata ayu sombong, asal ayu tak sombong denganNya..
sabtu dan ahad mmg gerenti gantung kuali..hehehe makan free
assalam eida..hari ni ada 2 jemputan..tapi dua2 tak dapat nak pergi..jadi tak gantung periuk hari ni
betul tu kak ieda.. :)
ari ni gntung jugak kuali coz gas habis..hihihi..sengaja tak beli...
kak ieda, thanx 4 the advice!! =)
peringatan yang berguna kak..hehe
tkut gak dicop smbong ni.. yg pnting x sombong dngan-Nya :
Thx for sharing kak...
moga kita sentiasa menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah SWT...Insyallah..
sangat-sangat setuju...