salam semua
salam jumaat penghulu segala hari , alhamdulillah pagi2 lagi dah boleh tersenyum seindah suria .. bersolat , menyiapkan sarapan anak2 , menghantar mereka ke sekolah .. dlm pada itu memandang akan ibu2 yg menghantar anak2 mereka .. mcm2 perangai dan rupa .. teringat akan email yg baru dihantar oleh seorang teman sepejabat buat renungan kita bersama .. insyaallahhhh :)
Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
a. Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.
b. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
c. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. ( x takutkah kita suami kita di hentam , di bakar , di salai nanti disana huhuhu ngeriii bila membayangkannya )
d. Namun begitu, dibolehkan lelaki untuk melihat perempuan dalam beberapa keadaan tertentu dengan peraturan-peraturan tertentu seperti :
i- Untuk keperluan perubatan.Ia diharuskan kerana pengharamannya membawa kepada kesulitan.Bagi doktor dibenarkan untuk menyentuh bahagian-bahagian yang perlu dirawat dengan syarat wanita itu ditemani suaminya atau mahramnya. Para fuqaha’ menjelaskan lagi bahawa syarat keharusan ini hanya terpakai apabila ketiadaan doktor wanita. Sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:
“Jabir r.a. menceritakan bahawa Ummu Salamah meminta izin daripada Nabi untuk berbekam. Nabi memerintahkan Abu Tibah melakukannya.”
( Riwayat Muslim hadis No. 2206)
ii- Untuk penyaksian samada ketika menjadi saksi atau ketika memberi keterangan kerana penyaksian tidak sempurna tanpa melihat kepada tertuduh dan pendakwa.
iii- Ketika pembelajaran. Iaitu belajar dan mengajar perkara-perkara yang wajib atau sunat dipelajari kerana ilmu itu berfaedah dari sudut syarak.
iv- Ketika berjual-beli. Iaitu apabila ada keperluan untuk mengenali wanita tersebut dan dia tidak dapat dikenali melainkan dengan dilihat.
pic : google
Menjaga Aurat Dan Kehormatan
Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalkan menepati standard piawaian pakaian Islam. Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi s.a.w menyebutkan :
“Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..”
(Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah)
ps : pagi2 lagi zahrien dah tanye ibu , kita nak naik kapal terbang esok ke ibu ?? aikkkk mana dpt idea tuuu hahahhaha .. anak ... oh anakkkk :)