salam semua
sorry sgt2 akak lambat update ari nie .. baru lepas habis meeting dgn bos UTM .. huhhu banyak betul agenda nak2 masuk sem baru nie .. sure kerja banyak lepas nie .. :)) senyummmmm je akak nie kan , x perlahh nak buat mcm mana namenya kerja .. kena ikhlas walau rasa penat semacam .. :)) lepas2 nie akak akan bercuti selama 3 hari .. x tahu nak kemana .. cuti sek kann .. sok dah bermula .. uols kemana ??
ok sebenarnya akak tertarik dgn berita tomok nak kawin nie .. ermm dia ambil gadis berusia 32 tahun , means 5 tahun tua dari dia .. haaaaaaaaa jgn x tahu .. dia sgt2 lah mude buat gadis itu .. tapi tulahhh dah namanyee jodoh kannn :) janji dah cinta ....
JODOH ...Tomok dan Siti Rahayu berkenalan secara kebetulan.
KUALA LUMPUR: Juara rancangan realiti TV, One In A Million musim ke-3, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 27, akan menamatkan zaman bujangnya pada 1 Julai depan dengan pramugari Penerbangan Malaysia (MAS), Siti Rahayu Abas, 32 .
Tomok berkata, dia mengenali Siti Rahayu sejak lapan tahun lalu dan memilih 1 Julai ini sebagai tarikh akad nikah yang akan berlangsung di Dewan Serbaguna Datuk Keramat di sini.
Penyanyi yang kini popular dengan lagu Merentas Masa itu berkata, dia mengenali bakal isterinya itu secara tidak sengaja pada 2003 sebelum bertukar-tukar nombor telefon.
“Ketika itu Tomok terbabit dalam satu set penggambaran telemovie bersama New Boyz di Cheras. Kebetulan, Siti Rahayu melalui kawasan penggambaran itu dan kami bertegur sapa selain bertukar-tukar nombor telefon sebagai peminat dan artis,” katanya.
sepenuhnya : HMETRO
apa pandangan uols bila berkahwin pasangan kita lebih tua dari kita .. maksud akak kalau kita kahwin dengan wanita yg lebih tua .. bukan setakat 1-2 tahun tua .. tapi 5-6 @ selebihnya tua dari kita ?? hermmmm pernah juga terfikir .. bila dah tua nantikan .. si isteri lebih nampak tua dari si suami .. apa perasaan si isteri waktu itu ?? ekekekek akak dan suami sama tua .. kami cuba berbeza 5 bulan sahaja .. akak tua 5 bulan dari suami :))
JANJI HIDUP BAHAGIA .. DENGAN SULAMAN KASIH SAYANG DAN BERTOLAK ANSUR SUDAH MEMADAI , INSYAALLAH HUBUNGAN AKAN KEKAL SELAMANYA
Jom Jana Pendapatan dengan klik HEARTBEAT