salam semua
pagi nie kita xcercise mulut dulu yaaaaaaa ekekke .. akak pun lom sarap lagi ni .. mood ada sedikit ceria walau sedih huhuhuh .. hari ini juga ada lawatan validasi utk program UTM di UCSA .. banyak yg akak kena prepare .. tapi alhamdulillah semua dah hampir siap .. sib baik mereka dtg sebelah petang .. sooo selamat xcercise .. lepas tu pi bfast naaaaaaaaaa :))
LAWAK 1
Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa. Terrperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”
LAWAK 2
Seorang posmen yang datang menghantar surat .
” Assalamualaikum “
” Walaikumsalam “
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni “
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”
LAWAK 3
Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penuggang tersebut berkata, ‘Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…”
LAWAK 4
Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”
ps : nak cite pasal handset sebenarnya .. dah ilang ! huhuhuhuhu panjang cite nya .. akak masih merawat luke dan sedih dihati , sedih sbb baru 2 bulan akak merasa pakai E71 tuuu .. nanti2 akak story ya ..