salam semua
akhirnya .. tahniah buat sarah dan shuib .. akak minat shuib sbb SEPAH .. minat sarah sebab suke lagu duet dia dan jamal abdillah .. harap2 perkahwinan mereka boleh kekal bahagia sehingga ke anak cucu ..
insyaallahhh .. sama2 kita doakan ya .. ermm setahu akak lah bukan ker sarah ini eprnah bertunang dgn seorang mat salleh dan mereka putus kan ?? .. ekekekkek ermmmmmmmmmmmmm
KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.
Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.
Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.
"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.
"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.
Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.
ps : pagi nie akak shake jer .. uols makan apa .. mood nak bfast x der .. keletihan semalam x habis lagi .. huhu