salam semua
ermm x tahu nak cakap apa .. bagus betul david teo nie ... dia menghargai pelakon2 dan krew produksi dia .. dgn pemberian hadiah2 nie .. yg paling best shahezy lah sbb dpt pakej umrah tuuuu
Salute lah mr david sbb menghargai org melayu / islam kita kann .. sukeeeee
ada untungnya jadi artis nie .. tapi kalau dpt produksi mcm METROWEALTH nie lahh .. x sia2 jadi artis :)
TAHNIAH !
9 Pelakon Terima Habuan Lumayan
KUALA LUMPUR, 27 JANUARI 2011: Lebih lumayan daripada tahun sebelumnya. Begitulah yang dapat digambarkan dengan ganjaran bonus yang diberikan syarikat produksi terkenal Metrowealth International Group of Company (MIG) kepada individu yang telah menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat berkenaan sepanjang tahun lalu.
Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan, David Teo telah berbesar hati membelanjakan sejumlah RM4.5 juta yang diagihkan sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media di atas jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan.
Antara filem yang diklasifikasi MIG telah berjayaa mendapat kutipan pecah panggung pada 2010 iaitu Ngangkung, Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Santau, V3: Samseng Jalanan dan Cuti-Cuti Cinta.
Shaheizy Sam menerima sebuah rumah Semi-D serta pakej umrah bernilai RM30,000.
Menerusi majlis 1 Dekad, 49 Filem yang diadakan di Hotel One World, di sini, baru-baru ini, pelakon Shahaizy Sam telah dihadiahkan sebuah rumah Semi-D dua tingkat dan pakej umrah bernilai RM30,000 untuk tiga orang.
Nilai yang sama turut dimiliki pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil atas kecemerlangan beliau menerusi filem arahannya sendiri, Cuti-Cuti Cinta dan V3: Samseng Jalanan.
Sementara itu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23, Lisa Surihani dan heroin Adnan Sempit, Intan Ladyana membawa pulang wang tunai dengan jumlah yang sama iaitu RM15,000.
Pelakon jelita Nora Danish, Liana Shamsuddin dan Puteri Mardiana masing-masing menerima RM10,000. Tidak ketinggalan juga Angah Raja Lawak dan Azad Jasmin masing-masing turut dihadiahkan RM10,000 selain pelakon Cuti-Cuti Cinta, Cat Farish yang mendapat RM5,000 atas keberkesanan wataknya dalam filem itu.
Pengarah filem Ngangkung, Ismail Bob Hasim mendapat durian runtuh apabila dia dihadiahkan sebuah Toyota Alphard 3.5L atas kejayaan filem tersebut yang mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman Malaysia, iaitu sebanyak RM8.4 juta.
info lanjut DISINI
ps : untungnyaaaaaaaaa jadi artis kan ...