salam semua
kowang tgk tak cite nie .. ermmm aku .. x akan tgk kooot heheh sbb dah tahu mcm mana cite dia .. kalau aku gi tgk punn pasti menghampakan aku kann .. so semalam aku baca review kawan2 yg dah tgk cite nie .. hermm seperti yg aku sangkalahh ..
dr romzey nie bercakap sblm nie bukan main best cite nie .. ermmm ape nak dpt pulangan 40 juta .. perghhh tinggi tul cita2 dia .. tapi well x perlah kan at least dia ada cita2 .. kalau cite nie leh berjaya sampai 4 juta .. kira angka 4 jugak kann hehehehe
( sorry Dr .. dah hakikat kannn )
pada aku .. apa2 punn cubalah buat yg terbaik .. kalau org melayu nak berjaya kena banyak usaha .. bukan mcm negara luar kan .. scoop mereka besar berbanding kita ..
welll moh layan sinopsis cite nie ...

Sinopsis 2 Alam:- Kisah bermula di sebuah kampung terpinggir yang mana masyarakat sibuk dengan persiapan bagi menyambut ketibaan jenazah Amy atau Adam dari kota. Ketika ibu bapanya, Halimah dan Zainal yang lumpuh bersedih, Uztaz Ishak, rakan Adam dari kecil sibuk mengatur urusan. Jenazah yang tiba mengalami kesukaran untuk dikendalikannya. Jenazah Amy menjadi berat dan kaku mengeras mendatangkan kesukaran kepada semua yang ada.
Dipaparkan juga kisah hidup Amy yang setelah kembali dari London, hidup bersekedudukan dengan Juan Agustin, juga seorang penyanyi popular yang sama dengannya. Amy dan Juan Agustin hidup dilimpahi dosa serta hiburan melampau tanpa batasan. Akhirnya ketika leka, Juan Agustin disamun dan dibelasah manakala Amy dilarikan lalu dirogol bergilir-gilir oleh tiga pemuda. Juan Agustin yang selamat melapokan kejadian itu kepada pihak polis. Amy berang kerana tahu bahawa reputasi dan rahsianya mennukar jantina denagn cara pembedahan di masa lalu terbongkar maka terjadilah pergaduhan dengan Juan Agustin yang berakhir dengan perpisahan.
Dunia Amy musnah, tertekan, bersendirian dan kecewa. Amy nekad membunuh diri. Turutan dari itu jenazahnya kembali kekampung seperti di awal cerita.. Setelah berjaya mengharungi dugaan, Ustaz Ishaq bersama penduduk kampung membacakan talkin di kemuncak kisah ini, Namun ianya tidak dapat membendung akan dosa berat Amy.
Pengarah:
Zarith Lokman dan Hairie Othman
Penerbit:
Dr. Movie Production Sdn. Bhd
Dipawagam:
18 November 2010
Pelakon 2 Alam:
Aaron Aziz
Mohd Nazim B. Md Shah
Adrea Abdullah
Sabree Fadzil
Rosnah Johar
ps : ari nie , kerja banyak jugak .. heheh tapi aku akan curi BW okkkkk .. tungguuuuu ... :)