salam semua ..
hai .. ari nie aku nak story sikit .. nie perihal anak2 aku .. mungkin ramai dah tahu jarak usian anak2 aku lebih kurang 2 tahun dan yg last sekali jarak usianya 4 tahun .. sbb aku operate ketiga2 mereka ini , means zahrien skrg dah nak masuk 3 tahun ..
sebenarnya aku nak menceritakan betapa bagus dan senangnya kalau kita dapat menjarakkan kehamilan kita .. yerlah yg melahirkan dan yg sakit sana dan sini kita kan .. bukan ayahnyer .. ** jgn bagi si papa baca ... ok .. kalau bab2 jarakkan kehamilan nie selalunya si ibu yg lebih titik beratkan .. mcm kisah aku , skrg nie nina dah darjah 2 , riena pula dah pra sek ( 6 thn ) .. untuk pengetahuan semua , boleh dikatakan kerja2 memandikan , memakai baju & membuat susu zahrien semua dibuat oleh nina dan riena .. memang aku dah lepas tangan .. jarang sgt aku buat , kalau susu nak tidur baru aku buatkan utk zahrien @ ayahya yg buat ...
setakat hari ini , nina dan riena dah pandai sgt2 menguruskan adiknya yg seorang tu
syukur sgt2 ... betul jugak kata ummi aku , kalau kita jarakkan kehamilan , insyaallah kita jugak yg senang .. akan rasa ringgan sikit , sbb kakak2nya dah dapat membantu .. event basuh tuuuuuuuut zahrien punn adakalanya kakak2nya yg settlekan .. mereka dah pandai .. dah x payah disuruh ..
alhamdulillah jugak sbb nina & riena pandai menguruskan adiknya sorang tuu .. x pernah lagi aku dgr mereka merunggut , kecuali bila mereka ada kerja nak buat , memang akulah @ ayahnya yg buat ... :) pernah jugak aku terdengar mereka berbincang sesama mereka tu
kakak : " angah , angah nak mandikan adik ker ? atau kakak yg mandikan ?
, Kalau kakak yg mandikan , angah buatkan susu adik ya ??
anggah : " ermm angah buat susu adik lah .. kakak yg mandikan adik ... sok angah lak yg mandikan ...
sejuk tullll hati aku .. sambil aku lipat baju aku punn menyahut ..
" haaaaaaa dah mandikan adik , biar ibu lak yg pakaikan pampers adik "
heheheheheh , begitulah gelagat anak2 dara aku , alhamdulillah sgt2 , banyak yg ringgan kerja2 rumah ku .. dan dapat aku dpt siapkan awal ..
ok .. aku nak share sikit dari blog comelnya.com
MAANFAAT MENJARAKKAN KEHAMILANAnda mahukan jarak umur anak-anak anda rapat? Fikirkan sekali lagi kerana jika anda mengandung selepas selang masa yang tidak sampai beberapa bulan anda bersalin, boleh membahayakan anda dan bayi dalam kandungan. Kajian terbaru dalam “American Journal of Obstetrics and Gynaecology” mendapati, wanita yang mengandung semula selepas 6 bulan bersalin akan terdedah terhadap risiko melahirkan bayi pra-matang sebanyak 41%. Risiko tersebut akan menurun kepada 14% jika anda tunggu selama 12 bulan sebelum mengandung, dan turun hampir kepada 1% selepas 12-18 bulan. Kandungan yang rapat selepas bersalin berkemungkinan membahayakan anda kerana badan anda masih lagi dalam proses pemulihan dan perlu menggantikan nutrisi yang hilang semasa kandungan yang sebelumnya dan semasa menyusu bayi.
Dalam Islam, anda digalakkan menyusukan bayi selama 2 tahun untuk pembentukan otak dan sistem imunisasi yang baik buat anak anda. Di sebalik kebaikan yang berterusan untuk bayi anda, menyusu juga boleh membantu anda menjarakkan kelahiran kerana ia melambatkan kitaran haid selepas bersalin. Jarak kelahiran yang jauh membolehkan anda memberikan tumpuan dan penyusuan sempurna kepada anak anda. Jika anda mengandung semasa anak anda masih dalam tempoh penyusuan, anda mungkin terpaksa berhenti menyusu kerana akan menjejaskan pertumbuhan bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan memerlukan nutrisi yang baik yang diperolehi dari ibunya.
Kesimpulannya, menjarakkan kelahiran adalah untuk kebaikan anda, anak anda dan bakal bayi yang dilahirkan. Kesihatan semua pihak akan terjejas dengan kelahiran yang rapat.
ps : arinie .. aku masak asam rebus tempoyak .. dah lama x masak , hubby ajak makan tapi aku dah kenyang pulak .. bukan boleh aku nie .. kalau dah masak , mau sok lusa baru jamah masakkan aku tuuu .. bauu jer dah kenyang huhuhuh