assalamualaikum , huhuhuh salam semua dah lama benar kan aku x update blog nieh , hermmm bukannya merajuk atau feedup ngan blog tapi tahap kemalasan dan kesibukan sama naik skrg nieh .. bertambah lah layie dgn pelbagai masalah dan dugaan yg aku terima lately nieh ...
dlm waktu yg terdekat banyak dugaan yang melanda kami sekeluarga ,
bulan mac 2010 membawa ke april banyak peristiwa yang melanda kami sekeluarga , mulanya anak aku zahrien demam x kebah2 .. dekat 2 minggu , dlm masa yg sama anak saudara aku juga mengalami demam yg x kebah2 .. kak long hanya menyangka anaknya demam2 biasa .. tapi melarat tidak ada selera makan dan minum susu , kak long aku pulak masa tuh sedang sarat nak bersalin , mana yg nak difikirkan , dalam pada itu jugak tuk ayah aku yang berusia 101 tahun yang duduk dengan ummi aku jugak x sehat disebabkan lelah yg berpanjangan sehingga memerlukan bantuan pernafasan akibat dari paru2 yg telah rosak .. , mereka semua dibawa ke hsp bersilih ganti , aku di kuantan jadi x tenang mendengar berita mcm nieh , kasihankan kak long , ummi yang bergilir2 menjaga ayahnya , anak yg dah sarat nak bersalin serta cucu yg demam x kebah2 .. bayangkan macam mana keadaan ummi ku diwaktu itu , aku yg x mampu berbuat aper2 hanya mampu menelefon dan bertanyakan khabar kerana aku bekerja , bertambah dgn zahrien yg jugak x sehat diwaktu itu ..
ya allahhh selepas beberapa hari kak long ku selamat melahirkan anak keduanya , baby gurl dinamakan Hanan Sofia , alhamdulillah , tapi kami dikejutkan dengan keadaan anak pertama kak long iaitu anak saudara ku raihan zuhaira , dia disyaki mengalami kuman didalam darah , dlm pada itu jugak dr mensyaki dia mengalami diabetic tahap 1 , sewaktu dr mengambil ujian darahnya , tahap kandungan gula melangkaui ke tahap berbahaya iaitu 22 ... ya allahhhh apalahh dugaan yg ingin kau tunjukkan kepada kami .. anak saudara ku dikejarkan ke hsp ktn kerana telalu lemah , kami semua bergegas ke kuantan dimana aku menunggu disini ... anak saudara aku ditempatkan di ICU dan dr masih lagi menjalani uji kaji , bayangkan anak saudara aku yg hanya berusia 2 tahun 1/2 , menangis tanpa henti kerana x tahan diambil darah setiap hari .. huhuhuhu
setelah itu , ummi dan ayah balik ke kg kerana mendapat tahu tuk ayahku sudah boleh keluar dari wad kerana keadaan lelahnya beransur pulih , tapi sayang 3 hari dirumah , atuk pergi meninggalkan kami diusia 101 tahun pada pagi hari sabtu 02 April 2010 , sesuatu yg amat memeranjatkan kami sekeluarga , terutamnya kak long dah hampir 4 tahun tinggal bersama atuk ku ini .. sebelum dia menghembuskan nafas yg terakhir ada 2-3 kali dia muntah berdarah , kerana paru2 nya yang dah rosak akibat dari xtvt merokok yang kerap sewaktu mudanya .. kami redha dengan pemergian tuk ayah ku .. cuma yang kami terkilan atuk x sempat melihat cucu kesayangannya raihan zuhaira .. dia ada menyebut utk berjumpa kerana terlalu rindu .. apakan daya raihan masih di ICU ketika itu ..
arwah tok ayah bersama nenek .. huhuh
raihan zuhaira , permata hati kak long dan kami sekeluarga ... :(
dan dengan semua cerita2 yang aku lalui ini pastinya aku memang x der hati dan perasaan untuk melayari laman internet kecuali fb , bukan aper .. masa memang x mengizinkan .. sedeh , pilu dan risau masih menghantui diri ini .. walau bagaimana punnn aku tidak akan menghampakan kawan2 yg telah ramai aku kenal di alam blog ini , bersama itu jua aku ingin melunaskan hutang2 ini .. award yang ku terima dari adik azura rahman , dah lama benar x dpt award .. setelah sekian lama , ini lah award pertama yg aku dpt .. sungguh terharu .. tocei2 dik .. love u much .. :)

.::Senaraikan 10 blogger sebagai penerima AWARD::.
alamak saper aku nak senaraikan , mcm maleh jerk .. sbb tahu musti ramai yg dah pernah dapt award nieh .. so x payah lah .. kalau ada saper2 yg sudi amik dan buat , silakannnn
.::Senaraikan 7 perkara tentang diri anda::.nak 7 aku bagi satu jerk yg merangkumi diri aku ..** aku adalah seorang anak , isteri dan ibu kepada suami dan anak2 ku dan adalah seorang hamba allah yang mendambakan kesempurnaan dlm melayari kehidupan ini dan sentiasa memohon agar allah memberikan perlindungan kepada aku seterusnya merahmati kehidupan ku ini selamanya ... aminnnn :)
jumpa layie di lain entry .. doakan kesejahteraan ku teman2 .. lobe u and miss u alwayss .. :)