yang Menyayangi Ku

.::PERMATA~HATIKU::. - MASIH HANGGAT

Monday, March 19, 2012

JUS KISMIS As - Syifa ~ elok utk minda anak


salam semua

baru nie akak ada tgk iklan pasal jus kismis as -syura nie .. sgt2 menarik .. manalah tahu leh bantu anak2 akak .. even akak pun suke nak jadikan amalan minum jus ini .. tadi search kat mana nak dpt stok jus ini sbb akak bercadang nak belikan buat anak2 .. yelahh usaha nak membantu anak2 .. sbb akak tahu kelemahan anak2 akak .. ;)




Jus Kismis As- Syifa' mengandungi kismis, kurma madu, kurma nabi(ajwah), madu, habbatussauda, buah tiin, za'faran dan zaitun. Di botolkan dalam pek 280 ml (RM 28.50 ) dan ekonomi pek, 550 ml (RM 49.90). Untuk Sabah dan Sarawak, pek 280 ml RM 30.50   dan pek 550 ml RM 53.90. Hanya 2 sudu pagi dan malam untuk dewasa dan 1 sudu pagi dan malam untuk kanak-kanak. Tiada sebarang pantang larang, sesuai untuk semua peringkat umur, wanita mengandung, bayi, juga orang tua.

Sehingga kini Jus Kismis As-Syifa' telah banyak membantu mereka yang menghadapi masalah-masalah seperti asma, batuk yang berlarutan, tonsil, kencing manis, darah tinggi, insomnia, keletihan, anak2 yang degil dan sebagainya.

KISMIS

Kismis adalah satu "gula-gula" asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksijen ke otak ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik yang kaya dengan agen anti-oksida(anti-penuaan). Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir  seperti guru dan pelajar.

tadi dapat email daripada pengedar di KL , katanya utk pengguna di pekan dan kuantan boleh hubungi talian 0199979511 , kira stokis pekan lah nie .. alhamdulillahhh ;)

BANTULAH ROSSANAH ~ meronta rindui anak walau NAZAK


salam semua

sedu dihati bila membaca kisah wanita ini , kak ros yang sedang nazak menderita penyakit barah hati , beliau terlalu merindui anak2 yg terpisah sejak 10 tahun lamanyaa .. oh sedih dan pilu akak membacanya .. tiba2 meremang bulu roma akak nie mgkin kerana terlalu sayu dihati melihatkan wajah sedih kak ros , terpancar kerinduan terhadap anak2 nya diwajahnya .. 

PULANGLAH...Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.

KUALA LUMPUR: “Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu. 

“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.
Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam. Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.
“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya, hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.

“Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.

“Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya, tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu semula dengan anaknya,” katanya.

Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.

“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

petikan : metro online


berharap sgt kawan2 alam maya yg lain dapat menghebahkan berita yg sgt2 menyedihkan ini ..

permintaan terkahir rossanah yg ingin bertemu anaknya .. sgt2 meruntun jiwa ini melihatkan pertarungan nyawa kak rossanah kerana terlalu merindui anak2 nya , dia tabah menanti dan sentiasa menyebut nama anak2nya ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Suke (556) Makan - makan (209) Renungan (181) Hiburan (161) anak-anakku (150) Dunia (149) macam - macam (139) Familly (135) Wanita (101) family (95) Kawan - Kawan (80) Syukur (77) Tentang Aku (73) Tips Kesihatan (72) sedih (66) Info (59) GA (52) Holiday (42) Contest (41) Diet (39) Blogger (34) Majlis Kawin (28) Lawak (27) Teladan (23) Dunia macam (22) Raya (19) Award (17) Pelik (16) Rintihan (15) Tahniah (15) Bday (13) lelaki (13) Benci (12) lawak suke (12) anak saudara (11) Petua (10) Tanggungjawab (10) nuffnang (9) Kasihan (8) Kenangan (8) anak (8) puasa (8) Al-fatihah (7) Kad Ucapan (7) Majlis (7) Sakit (7) doa (7) Kagum (6) Program UCSA (6) Tak Maafkan (6) Perayaan (5) Segmen (5) menang (5) renungan syukur (5) Bangga (4) Bloglist (4) Friends (4) Seni (4) Tips (4) gather2 (4) hari raya aji (4) Hadiah (3) Internet (3) Seloka (3) Tension (3) Terharu (3) beriadah (3) xcercise (3) By Hubby (2) Geram (2) Herbalife (2) Letih (2) Tahun Baru (2) Ujian (2) amalan (2) hari bapa (2) hibu (2) sekolah (2) sharing (2) terima kasih (2) tragedi (2) BIUL (1) Beli belah (1) Berangan (1) Buah2an (1) Geli (1) Hari Ibu (1) Jamu (1) Kepenatan (1) MAULIDUR RASUL (1) Outing (1) Perhatian (1) Polo Club (1) SHAHPUTRA (1) Terawih (1) Tips kecantikan (1) ULANGTAHUN (1) UTM (1) bantuan (1) berita (1) cantik (1) famil (1) hebahan (1) jenayah (1) kelakor (1) kurang hajat (1) lawatan (1) mandi manda (1) pelajar (1) puisi (1) ragam (1) sayu (1) suami isteri (1) sukan (1) syukur suke (1)